JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, May 15, 2009

Sayur Kirokot mampu Tembusi Benua David Becham ?


David Becham, salah seorang pemain bola sepak terhandal dunia.

Beliau kini tinggal di benua eropah.

Mungkinkah suatu hari nanti, beliau akan memakan sayur kirokot?


Sayur kirokot ialah sayur yang amat segar dan terdapat di Banjaran Crocker di negeri Sabah Darul hidayah.


Peniaga sayur ini mampu meraih keuntungan RM80,000 setiap enam bulan atau satu pusingan tanaman.


Terdapat pelbagai jenis sayur Kirokot termasuklah kobis bulat dan daun, tomato dan cili besar.


Berikut ialah berita yang penulis kutip dan struktur semula untuk tatapan pembaca sekalian.

TAMBUNAN 14 Mei - Mukim Kirokot yang terletak di Banjaran Crocker dalam daerah ini mempunyai potensi besar menjadi pengeluar hasil pertanian utama negara khususnya sayuran tanah tinggi.

Selain bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, kesuburan tanah secara semula jadi membolehkan segala tanaman yang ditanam memberi hasil yang amat menggalakkan.

Penanaman sayuran tanah tinggi yang dijalankan secara bertingkat dan secara kecil-kecilan oleh penduduk kawasan ini telah menghasilkan sayur bermutu tinggi, walaupun hanya menggunakan racun makhluk perosak yang sedikit.

Oleh itu, tidak hairanlah sayur dari tanah tinggi mukim Kirokot yang dijual di pasar terbuka di pekan-pekan di daerah ini seperti pekan Keningau, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Menariknya, kejayaan penanaman sayur di tanah tinggi Kirokot ini mendorong petani di daerah Keningau mengusahakan tanaman sayur mengikut kaedah penanaman yang dijalankan oleh petani di Kirokot.

Terdapat petani di daerah itu sudah menikmati hasil sehingga RM80,000 setiap enam bulan atau satu pusingan tanaman.

Lebih membanggakan, sayur tanah tinggi Kirokot mendapat permintaan tinggi dari pasaran luar negara. Antara pengimport utama sayur tanah tinggi Kirokot ialah Koperasi Pertanian Negara Brunei.

Selepas menembusi pasaran Brunei tidak mustahil hasil sayur tanah tinggi mukim Kirokot juga mampu menembusi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat jika diusahakan dengan betul.

Pegawai Daerah, Thomas Angor berkata, kejayaan penanaman sayur di kawasan itu dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan kesuburan tanahnya.

''Selain itu, faktor cuaca sejuk di mukim Kirokot juga menyebabkan para petani mendapat hasil pertanian segar," katanya.

Menurutnya, jenis sayuran yang ditanam ialah kobis bulat dan daun, tomato dan cili besar.

Justeru, katanya, penduduk sekitar daerah Tambunan khususnya golongan petani perlu terus mempertingkatkan pengeluaran hasil pertanian khususnya sayur tanah tinggi dari masa ke semasa.

Menurutnya, ini penting bagi melonjakkan pertanian negara ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai sumber kekayaan melalui peningkatan nilai tambah yang disertakan dengan penggunaan sains dan teknologi.

Hakikatnya, mukim Kirokot yang didiami kira-kira 400 penduduk daripada tujuh buah kampung sangat bertuah kerana sayur tanah tinggi di kawasan itu telah mendapat pengiktirafan daripada pasaran dalam dan luar negara.

Selain itu, keistimewaan tersebut telah meletakkan mukim Kirokot sebagai 12 destinasi pelancongan yang mesti dilawati apabila pelancong datang ke daerah ini.

Destinasi lain ialah, Banjaran Trusmadi, Gunung Trusmadi, Air Terjun Mahwa, Tugu Peringatan Mat Salleh, Air Terjun Maraguna, Air Terjun Tondolu, Batu Gong di Kampung Solibog, Bangunan Rafflesia, Tambunan Village Resort Centre (TVRC), Tamu Pekan Tambunan dan Batu Bajau.

Utusan

Pesanan: Gambar yang tertera ialah gambar hiasan. Namun, salah satu jenis Sayur Kirokot ialah Tomato. Saya suka sangat makan lauk bersambalkan tomato. anda bagaimana?

No comments: