JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, May 30, 2009

Di Perlis Meninggalkan Umno. Di Pulau Pinang Meninggalkan Gerakan

Selamat tinggal Gerakan - Cheng Guan

Selepas 19 tahun menjadi ahli dan berjuang dalam parti Gerakan, Naib Presidennya, Huan Cheng Guan hari ini mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu.

Menurutnya, keputusan itu adalah muktamad dan beliau akan membuat pengumuman rasmi dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Katanya, sebab utama beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu adalah kerana tidak sehaluan dan sependapat dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan dan menyedari Gerakan telah hilang hubungan dan sentuhan dengan peringkat akar umbi.

"Saya berasakan pucuk pimpinan parti tidak lagi mengekalkan hubungan mereka dengan peringkat akar umbi. Jadi apabila membuat keputusan, mereka tidak berpandukan atau mengikut perlembagaan parti.

"Sebaliknya, mereka menggunakan undang-undang hutan rimba dalam menerajui parti. Sikap tidak mempedulikan pandangan akar umbi ditolak ke tepi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan yang dibuatnya itu bukanlah bertujuan menghasut ahli Gerakan untuk turut menyertai tindakan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau berasakan banyak bahagian dan cawangan Gerakan di Pulau Pinang termasuk di negeri-negeri lain yang akan mengikut jejak langkahnya.

Katanya, dalam tempoh tiga minggu akan datang, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatannya dan keluar parti secara rasmi kepada Presiden Gerakan.

Anwar mahu tawan Perlis

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan impian terbarunya untuk menakluk Perlis, satu-satunya negeri di utara tanah air yang terlepas daripada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Anwar berkata, PKR akan menggerakkan semua jentera yang ada bersama pakatan pembangkang lain dalam usaha untuk merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun tiada wakil Parlimen daripada pakatan pembangkang di negeri itu, usaha akan dibuat termasuk melantik Ahli Parlimen PKR di Kedah untuk memantau masalah masyarakat Perlis.

''Perlis berada tidak jauh dari negeri pakatan pembangkang Kedah. Saya akan memastikan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul melaksanakan tugas berkaitan bagi membantu menawan Perlis daripada BN.

''Perkara ini tidak akan habis di sini, masalah rakyat Perlis akan dibawa ke Parlimen dan didebatkan," katanya ketika berucap dalam satu perhimpunan di Kuala Perlis di sini semalam.

Terdahulu beliau menerima 630 borang keahlian memasuki PKR.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, Zamri Sapar ketika ditanya mengenai desas-desus kemasukan bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh ke dalam PKR, beliau berkata, mereka sering berhubung baik.

''Hashim menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR tetapi kami tidak mahu memberikan tekanan kepadanya.

''Biar hasrat tersebut datang dari dalam dirinya dan bukan orang lain," ujarnya.

utusan