JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, May 8, 2009

Bekas Adun sertai Gerakan?

Mantan Adun Merotai, Datuk Liew Yun Fah yang di pecat dari LDP, salah satu sekutu BN di Sabah menyokong hasrat Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah menyertai Gerakan setelah usahanya menubuhkan parti baru ditolak oleh majoriti sekutu BN Sabah.

Liew yang keturunan Cina Sarawak dan bertanding di kawasan majoriti Melayu menang di Dun Merotai pada PRU 2004 tetapi dinafikan hak untuk bertanding pada PRU lalu kerana bukan proksi kepada Presiden LDP sekarang.

Menariknya, Dun Merotai satu2nya kerusi yang hampir di tawan oleh PAS Sabah sejak 10 tahun lalu walaupun hanya bertanding beberapa kerusi di negeri itu.

Seandainya Liew mennyertai parti Gerakan, ini pastinya tamparan hebat buat parti MCA, kerana walaupun parti itu merupakan parti terbesar orang Cina di Malaysia, Parti Gerakan lebih menonjol dengan penguasaan di Pulau Pinang, melebarkan sayap di Sabah dan memiliki hubungan yang baik di Sarawak.

Liew yang tidak berparti sejak setahun lalu pernah mengeluarkan kenyataan terbuka pada September 2008 yang menyokong usaha Raymond menubuhkan parti baru.

Berikut merupakan kenyataan Liew yang fasih berbahasa Melayu ini penulis petik dari akhbar dailyexpress.

Tawau: FORMER LIBERAL DEMOCRATIC PARTY (LDP) VICE PRESIDENT DATUK LIEW YUN FAH EXPRESSED FULL SUPPORT FOR DEPUTY CHIEF MINISTER DATUK RAYMOND TAN IN HIS DECISION TO JOIN GERAKAN.

The former Youth and Sports Minister, however, said that he still wants to take a break from politics. "I will continue with my community service but I WILL JOIN A BARISAN NASIONAL COMPONENT PARTY AT AN APPROPRIATE TIME," he said.

Liew was fired from the LDP before the 12th general election and since then he has been partyless.

http://www.dailyexpress.com.my

No comments: