JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, May 3, 2009

BABI KECEWA DILARANG KE SARAWAK


KUCHING, 30 April (Bernama) -- Sarawak mengharamkan import babi, daging dan produk daging babi sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi wabak selesema babi, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan.

Beliau berkata pihak berkuasa veterinar negeri akan turut memantau ladang dan pusat penyembelihan babi, di samping menyebarkan maklumat tentang wabak kepada orang ramai.

Sarawak hanya mengimport satu atau dua peratus babi.

Chan Khamis mengadakan perjumpaan dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertanian bagi memantau keadaan di dalam negeri.

Jabatan Kesihatan dan Jabatan Imigresen akan memantau di 12 pintu masuk menerusi laut dan udara dengan penumpang yang tiba dengan penerbangan dari Pontianak, Jakarta, Singapura, Macao dan Hong Kong perlu mengisi borang bagi memastikan sama ada mereka tiba dari negara yang telah dijangkiti wabak.

Beliau berkata beberapa hospital termasuk Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri telah bersiap sedia untuk memberi rawatan antivirus kepada kes H1N1.

Sementara itu Chan turut mengesahkan 25 kes chikungunya di lima kampung termasuk Beladin, Meludam dan Sepinang di Betong sejak 26 Mac lalu.

2 comments:

Unknown said...

wah, gambar sensitif tu

Cik As said...

yer....gmbr yg tak senonoh.....uweekkk.....