JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, May 14, 2009

200 bakal bergelar OKU


Dianggarkan hampir 200 mangsa kemalangan jalan raya di Sarawak mempunyai risiko yang tinggi untuk menjalani kehidupan sebagai golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bermula daripada tahun 2007.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Rano Aylwino Akat berkata anggaran terbabit terdiri daripada mangsa kemalangan jalan raya yang mengalami kecederaan parah di negeri ini semenjak lima tahun yang lalu.

“Terdapat lebih dari 400 kes kecederaan parah berhubung kejadian kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di negeri ini bagi tempoh lima tahun yang lalu manakala 300 kes pula adalah membabitkan kematian.

“Jika dirujuk kepada jumlah mangsa kecederaan parah ini pihak kita mendapati bahawa 200 orang mangsa daripada jumlah keseluruhan kategori kes ini dianggarkan berisiko untuk menjadi golongan OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman sebaik sahaja selesai Kempen Keselamatan Jalan Raya Negeri Sarawak Bahagian Sri Aman anjuran bersama JKJR Sri Aman dan Pejabat Residen Sri Aman di sini semalam.

Selain itu kata Rano kerajaan telah mencatatkan kerugian berjumlah RM1.8 bilion dari segi nilai sosio ekonomi menerusi kejadian kemalangan jalan raya yang dicatatkan berlaku di negara ini pada tahun lepas.

Daripada nilai keseluruhan terbabit menurut beliau, RM387.60 juta pula adalah jumlah kerugian dari nilai sosio ekonomi berhubung kes kemalangan jalan raya yang berlaku di negeri ini.

“Jadi kita adakan kempen ini untuk memaklumkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berada di jalan raya...harapan kami ialah agar kempen ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri untuk tempoh waktu yang seterusnya,” kata Rano.

Terdahulu Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglass Jerukan telah mewakili Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat untuk merasmikan kempen terbabit dengan mengedarkan sejumlah 250 bungkusan yang mengandungi risalah kempen keselamatan jalan raya dan lain-lain barangan bermula jam 9.30 pagi semalam ini.

Kempen keselamatan jalan raya ini yang mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan IPD Sri Aman turut dihad.

Berita dari Sri Aman

No comments: