JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, May 11, 2009

Konspirasi Umno dan Gerakan, LDP Mengigit Jari?


Kedudukan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sabah, Raymond Tan Shu Kiah samada akan kekal atau tidak hanya akan diketahui minggu ini seperti yang dijanjikan Musa Aman minggu lalu.



Namun, Tan dijangka akan kekal menakluk jawatan itu.


Berasaskan kronologi isu dan rentetan peristiwa ini seakan wujud komplot di antara Najib Mongolia, Musa Aman dan Tso Koon yang secara sengaja membenarkan Gerakan dikembangkan ke negeri di Bawah Bayu itu seterusnya meningkatkan pengaruh Gerakan di peringkat nasional.


Tan bersama penyokongnya termasuklah Adun Elopura Au Kam Wah pada 5 Mei lalu secara rasminya menyertai Gerakan demi menyelamatkan jawatan yang disandangnya setelah tidak berparti sejak September tahun lalu selepas parti SAPP meninggalkan BN.


Tan yang berharap penyertaannya ke dalam Gerakan bagi menyelesaikan krisis itu berpanjangan nampaknya gagal apabila sekutu BN negeri khasnya LDP terus mendesak agar Tan meletak jawatan dan posisi itu diserahkan kepada parti yang berpusat di Sabah.


Berbanding negeri lain di Malaysia, Sabah satu-satunya negeri yang memiliki tiga TKM berasaskan kabilah iaitu kuota TKM untuk Bumiputra Islam, Bumiputra Bukan Islam dan Cina.


Sekutu BN berasaskan kaum Cina di Sabah terdiri daripada MCA, LDP, dan Gerakan, selain PBS yang juga memiliki ramai ahli Cina.


Kuota TKM Cina pada kebiasaanya digilirkan kepada LDP dan SAPP (yang ketika itu dalam BN) memandangkan MCA dikatakan berpusat disemenanjung dan Geraakan langsung tiada kerusi di Sabah.


LDP melihat peluang mereka menakluk jawatan itu cerah selepas SAPP keluar BN dan Tan mengishtiharkan sebagai Ahli Bebas BN.


LDP pernah menguasai kerusi TKM Sabah menerusi mantan Presiden parti itu Chong Kah Kiat. Namun, kerusi itu diserahkan kepada SAPP (ketika itu dalam BN) selepas Musa Aman enggan membenarkan Chong meneruskan pembinaan Patung Ma Tzu di Kudat yang akhirnya Chong meletak jawatan sebagai tanda protes.


Namun, berdasarkan rentetan isu ini, LDP pasti menggigit jari kerana seakan wujud konspirasi di antara Musa dan Tso Koon atas restu Najib Mongolia agar Tan kekal mendominasi jawatan TKM. Umum mengetahui bahawa Najib mempunyai hubungan baik dengan Presiden Gerakan Koh Tso Koon. Buktinya, Koh diberi kepercayaan menerajui Kementerian Perpaduan dan Prestasi Kabinet, suatu kementerian penting. Malah, Tso Koon juga mendahului Najib dalam mengumumkan kemasukan Tan bersama penyokongnya di Sabah walaupun Najib bersama beliau dalam lawatn rasmi ke negeri itu.


Malah, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Lajim Ukin menyokong secara terbuka agar Tan kekal sebagai TKM Sabah menguatkan lagi perkara ini. Lajim ialah antara MT Umno Sabah yang menang dalam pemilihan umNObersama-sama Ketua Menteri Sabah Musa Aman.


Sekiranya Tan kekal dengan jawatan yang disandangnya, pastinya ini suatu tamparan hebat kepada parti berasaskan kaum Cina khususnya LDP dan MCA. LDP kini satu-satunya sekutu BN Sabah berasaskan kaum Cina yang berpusat di Sabah malah merupakan parti tertua dalam BN Sabah.


Sebentar tadi, Tso Koon mengumumkan cadangan melantik Tan sebagai Salah satu Naib Presiden Gerakan selepas menerima Majlis meraikan kemasukan Setiausaha sulit Ketua Menteri Sabah Jimmy Wong. Jimmy ialah antara pimpinan SAPP yang keluar parti dan menyokong Tan.


Menarik juga untuk dicatatkan di sini apabila Presiden SAPP Yong Teck Lee pernah mengeluarkan kenyataan yang menafikan sengaja membenarkan Tan kekal dalam BN sebagai pengintip SAPP.


Anehnya, pimpinan utama parti itu memuji tindakan Tan menyertai Gerakan dan mengucapkan tahniah dan Sayabas kepadanya. (sila baca blog rasmi parti SAPP kenyataan berbeza dengan laporan media BN)


Berikut ialah rentetan peristiwa dan kronologi isu ini.


18 Jun 2008 : SAPP membuat kejutan dengan mengisytiharkan parti itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


17 Sept 2008 : Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN, Timbalan Presiden SAPP yang juga Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sabah, Raymond Tan Shu Kiah bersama beberapa penyokongnya mahu kekal dalam BN


18 Sept: Dua sekutu BN Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bersedia menerima keahlian Raymond Tan dan penyokongnya.


22 Sept 2008: Pengerusi BN Sabah Musa Aman bersedia menerima parti baru yang ditubuhkan oleh Tan atau menyertai sekutu BN Sabah sedia ada termasuklah umNO


13 Okt 2008: Tan akan serahkan surat keluar parti kepada SAPP


15 Oktober 2008: Tan mengakui telah berbincang dengan beberapa pemimpin negeri, termasuk seorang bekas menteri kabinet negeri, yang juga mantan Naib Presiden LDP yang dipecat Liew Yun Fah untuk menubuhkan parti pelbagai kaum sebelum akhir 2008


- 19 October 2008 : AhliParlimen Kalabakan, Ghapur Salleh mendesak Tan meletakkan jawatan sebagai TKM Sabah meminta mantan Timbalan Presiden SAPP itu mencontohi bekas menteri Zaid Ibrahim yang tetap meletak jawatan walaupun ditolak oleh Pak Lah (PM ketika itu)

- 23 October 2008 : Presiden SAPP Yong Teck Lee nafi mengarahkan Raymond sebagai pengintip dalam BN

- 12 Februari 2009: Pengerusi Gerakan Sabah Gordon Leong dan Ketua Pergerakan Pemuda parti itu Chang Shui Kiong memuji Musa Aman secara terbuka berkenaan usahanya mengurangkan kemiskinan tegar di Sabah (bermulanya usaha membawa Tan untuk menyertai Gerakan?)

- 3 April 2009 : Najib dilantiksebagai PM (Tso Koon dilantik Menteri di JPM dengan portfolio Perpaduan dan KPI)


16 April 2009 : Musa Aman menolak rombakan kabinet Sabah


23 April 2009 : Timbalan Presiden Parti Liberal Demoktratik Sabah (LDP) Chin Su Phin berkata Kabinet negeri tidak berlaku adil kepada sekutu BN lain apabila mengekalkan Tan sebagai TKM "satu-satunya anggota bebas dalam BN" selepas SAPP meninggalkan gabungan itu dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Japlin Akim, yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana politik wang. Chin Su Phin turut mendesak Najib Razak mengambil tindakan tegas termasuk melakukan rombakan Kabinet negeri. (Najib terasa?)


23 April 2009 : Ketua Puteri UMNO Rosnah Abdul Rashid Shirli menyerar kenyataan Chin Su Phin


27 April 2009 : LDP menafikan ada agenda tersembunyi apabila mendesak Tan dan Japlin meletak jawatan


27 April 2009 : Tan menemui Musa Aman


27 April 2009 : Musa Aman tidak akan melayan desakan satu pihak berkenaan jawatan Tan sebagai TKM Sabah


28 April, 2009 – Presiden Upko, Bernard Dompok membisu apabila diajukan wartawan berkenaan pendirian parti itu dalam isu Raymond Tan


28 April 2009: Ketua penerangan PBS Johnny Mositun berkata parti itu bersedia menimbang untuk menerima Tan sebagai anggota parti manakala presidennya Pairin menyerahkan isu itu kepada Musa Aman untuk diselesaikan.


28 April 2009: Tan menemui Najib Razak



30 April 2009: Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah mencadangkan Tan menyertai Gerakan demi menyelamatkan jawatan TKM yang disandangnya



30 April 2009: Majlis Tertinggi SAPP Chong Ket Sui mendakwa Timbalan Presidan PBS yang juga Adun Api-api, Yee Moh Chai mengintai jawatan Timbalan Ketua Menteri dengan memperagakan gambar besar Musa apabila menganjurkan perayaan Tahun Baru Cina di Jalan Gaya setiap tahun.


01 Mei 2009: LDP dan MCA negeri membantah usaha Tan menubuhkan parti baru


02 Mei 2009: Muhyiddin Yassin meminta pihak-pihak tertentu di dalam BN Sabah menghentikan desakan agar Raymond Tan meletak jawatan sebagai TKM Sabah dan menyerahkan isu itu kepada Najib dan Musa. (Rancangan sulit najib dan musa, mahu tan kekal sbg tkm sabah utk lonjak semangat parti gerakan menawan Pulau Pinang pada PRU 13?)


04 Mei 2009 : Presiden Gerakan Koh Tso Koon mengiringi Najib ke Sabah. Mereka disambut oleh Musa Aman dan Raymond Tan Shu Kiah.


05 Mei 2009 : Pengerusi Gerakan Koh Tsu Koon mengumumkan Raymond Tan dan Bekas ketua pemuda SAPP yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Au Kam Wah menyertai Gerakan. Tsu Koon membuat pengumuman itu sejurus sebelum ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perhimpunan rakyat di Padang Merdeka, (kenapa Tso Koon? Bukan najib?) plan sulit?


05 Mei 2009 : Timbalan Presiden Gerakan Chang Ko Youn mengakui usaha membawa Tan menyertai parti itu telah dilakukan sejak beberapa bulan yang lalu.


06 Mei 2009 : Timbalan Presiden SAPP Eric Majimbun mengucapkan syabas dan tahniah atas penyertaan Tan bersama pengikutnya ke dalam Gerakan


07 Mei 2009: LDP terus mendesak agar Tan meletak jawatan sebagai TKM Sabah dan beranggapan penyertaan ke dalam Gerakan tidak semestinya Tan kekal bersama jawatan yang disandangnya.


07 Mei 2009 : Mantan Naib Presiden LDP Liew Yun Fah menyokong tindakan Tan menyertai Gerakan


08 Mei 2009 : Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup menyokong tindakan Tan dan penyokongnya menyertai Gerakan


08 Mei 2009 : Najib Razak berkata Tan telah memutuskan untuk menyertai Gerakan berdasarkan parti berbilang kaum itu sesuai bagi beliau dan para penyokongnya dan banyak cawangan-cawangan juga berjanji akan mengikuti langkah beliau itu.Najib juga berkata beliau menyerahkan kepada Musa untuk memutuskan kedudukan Tan dalam Kabinet Negeri.


10 Mei 2009 : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Lajim Ukin menyokong agar Tan dikekalkan sebagai TKM Sabah. Lajim ialah mantan TKM Sabah dan bersama-sama Musa Aman memenangi kerusi MT Umno pada pemilihan parti itu baru-baru ini.


11 Mei 2009 : Tso Koon mencadangkan Tan ke jawatan Naib Presiden Gerakan, dan Au Kam Wah sebagai anggota jawatankuasa pusat Gerakan. (Tso Koon sengaja melewatkan perlatikan Naib Presiden selama ini berkait rapat usaha membawa Tan dan penyokongnya menyertai Gerakan?)


11 Mei 2009 : lagi bekas naib presiden SAPP, Norbert Chin dan Jimmy Wong yang setiausaha politik kepada Ketua Menteri, menyertai Gerakan.

No comments: