JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, May 4, 2009

Singapura Jahil Tapak Warisan Dunia di Sarawak


Menyedihkan.Akibat kurangnya kesungguhan pihak kerajaan negeri di Sarawak mempromosikan secara bersunggguh Salah satu Tapak Warisan Dunia yang terkenal di negeri itu, Sayarikat penerbangan di Singapura jahil akan kewujudannya sehinggakan syarikat dari Singapura itu enggan mendarat di situ. ikuti berita selanjutnya di bawah ini. (Gambar yang tertera adalah Taman Negara Mulu yang diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia)

MIRI: Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam semalam melahirkan rasa terkejut kerana Taman Negara Mulu yang cukup gah di dunia, tidak dikenali oleh syarikat penerbangan Singapura, Jetstar.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu memberitahu kurangnya promosi Tapak Warisan Dunia itu di Singapura antara faktor penyebab Jetstar belum berminat untuk membuat penerbangan terus ke Miri.

Selain itu katanya, produk-produk pelancongan Miri seperti akitiviti menyelam dan taman negara lain di sini juga tidak diketahui oleh Jetstar.

“Kita perlu mempergiatkan usaha kita dan berharap Kementerian Pelancongan membantu menjual (promosi) Miri ke Singapura.”

“Banyak pihak di Singapura belum tahu tentang kawasan terumbu karang di Miri. CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Jetstar sendiri pun tidak tidak tahu tentang Mulu.

“Bagi saya masalah ini begitu mengganggu kita kerana kita mahu mereka tahu akan Miri dan lokasi Miri yang lebih dekat boleh menarik perhatian mereka,” katanya.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Miri City Incorperated (MCI) di Majlis Bandaraya Miri (MBM) semalam, Dr Chan memberitahu, MCI bercadang untuk mempelawa Jetstar serta syarikat penerbangan Tiger Air ke Miri dalam usahanya mempromosi produk pelancongan Miri dan Mulu.

Dalam perbincangan antara MCI dengan beberapa syarikat penerbangan Singapura dalam kunjungan mereka ke negara itu baru-baru ini, Dr Chan memberitahu Jetstar memberi reaksi positif terhadap usaha memperkenalkan penerbangan terus Singapura- Miri.

“Kita jemput mereka (Jetstar) datang ke sini dan melihat potensi kita. Mereka masih belum kenal potensi dan apa (produk) yang kita ada,” jelasnya.

Selain Kuching, Miri berpotensi besar dalam industri pelancongan kerana selain faktor lokasi yang berhampiran dengan Brunei Darussalam, Miri juga mempunyai produk-produk eko-pelancongan yang menarik untuk pelancong Singapura.

Kerjasama Kementerian Pelancongan mempromosikan Miri dan Mulu ke Singapura amat penting untuk menghidupkan industri pelancongan Miri selain memperkenalkan Miri kepada Singapura.

“Bila kita bercakap tentang Satu Malaysia, ianya perlu melibatkan Miri. Jadi saya menyeru kepada Kementerian Pelancongan untuk memberi tumpuan kepada Miri dan mempromosikan produk pelancongan Miri,” tambah beliau. Mengulas tentang kesan kegawatan ekonomi terhadap industri pelancongan di negeri ini, Dr Chan yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian memberitahu tumpuan Kerajaan Negeri Sarawak kini ialah menyediakan infrastruktur pelancongan.

Beliau juga memberitahu, jumlah pelancong asing ke negeri ini dalam krisis ekonomi sekarang juga dijangka menurun tetapi tidak terlampau drastik.

Mengenai Miri, Dr Chan berkata, penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa seperti Kejohanan Sukan Layar Antarabangsa Borneo (BIYC), Festival Jazz Antarabangsa Miri (MIJF) dan Triathlon Antarabangsa menaikkan lagi imej Miri sebagai pusat penganjuran aktiviti bertaraf dunia selain menggalak lebih ramai pelancong asing ke sini.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pembangunan Perhubungan dan Infrastruktur Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lambir Aidan Wing, Datuk Bandar, Lawrence Lai dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina dan Industri (DPCI) Dato Sim Hock Guan.

http://www.theborneopost.com

No comments: