JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, May 12, 2009

Menteri Sarawak Dalang Judi Da Mai Cai ?



KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (Gambar), menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kesahihan dakwaan bahawa seorang Menteri Muda dan seorang pegawai kanan kerajaan di negeri ini mendalangi Telelink, yang menjual loteri, Pan Malaysian Poll Sdn Bhd (PMP) Da Ma Cai, di seluruh Sarawak.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan tidak akan komen kerana tidak suka untuk menyebar khabar angin, berikutan kesahihan dakwaan berkenaan belum lagi terbukti.

"Terserah kepada polis nak siasat dan mendedahkan perkara sebenar. Saya tidak tahu mengenainya, jadi saya tak boleh nak komen.

"Namun kerajaan negeri tetap bertegas bahawa tiada lesen baru perjudian boleh dikeluarkan di Sarawak sejak dulu lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-16 di sini, semalam.

oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin, di sini semalam.

Taib berkata, rakyat Sarawak juga menyokong pendirian kerajaan negeri dalam hal itu kerana rata-rata mereka tidak suka berjudi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh, mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kegiatan syarikat terbabit yang telah diharamkan di negeri ini termasuk mengesan dalang utama yang membabitkan orang kenamaan.

Mohmad berkata, kegiatan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket yang pernah ditumpaskan polis tahun lalu, namun ia kembali aktif berikutan ada pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan mudah.

"Jabatan Siasatan Jenayah sedang menjalankan siasatan rapi berkaitan kes ini dengan kita perlu mengumpul bukti bagi membolehkan proses pendakwaan di mahkamah tidak berhadapan masalah.

"Mengenai dakwaan orang kenamaan terbabit dalam kegiatan ini, polis masih belum mempunyai bukti kukuh bagi mensabitkan individu berkenaan, namun usaha menjejaknya akan turut dilakukan," katanya ketika ditemui Berita Harian semalam.

http://www.bharian.com.my = 12 Mei 2009

No comments: