JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, May 27, 2009

Keluasan Parlimen Membebankan YB - Mokhtar Radin


Oleh: Masdarwahid

Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin berkata beliau telah mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan negeri bagi diwujudkan satu lagi kawasan Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Kinabatangan.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan tambahan kawasan DUN di kawasan Parlimen itu atas faktor keluasannya yang dianggarkan 70,000 kilometer persegi.

"Saya telah berjumpa dengan SPR dan Ketua Menteri Sabah Musa Amam baru-baru ini untuk memaklumkan tentang cadangan mewujudkan DUN baru itu.

"Ianya bukan bermotifkan untuk menambah wakil rakyat tetapi keluasan kawasan di Parlimen Kinabatangan antara DUN Sukau dan DUN Kuamut membebankan wakil rakyat untuk berkhidmat secara menyeluruh," katanya.

BERNAMA

Penulis: Dun sukau adalah antara kawasan di Sabah yang subur dengan sokongan PAS. Buktinya, pada PRU 2004, PAS hanya tewas tipis. Seterusnya pada PRU lalu, PAS ditentang lapan penjuru yang akhirnya BN menang mudah. Namun, Adun yang memenangi Dun Sukau dikatakan agak renggang dengan Bung Mokhtar. Mungkinkah ini sebabnya MPBN yang celupar ini mencadangkan menambah Dun dalam kawasannaya? alasan bung bahawa keluasan itu membebankan YB tidak masuk akal memandangkan beliau bukanlah Menteri dan sudah tentu memiliki masa yang lebih berbanding mereka yang berjawatan dalam kabinet persekutuan.

No comments: