JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, May 13, 2009

TIada Pengurangan Tambang Penerbangan ke Sabah dan Sarawak- Menteri


Slogan BN yang menyatakan 'Rakyat didahulukan' jelas sekadar retorik apabila meneteri berkaitan di sarawak semasa perbahasan dalam DUN negeri memberi jaminan tiada pengurangan tambang ke Sabah dan Sarawak.

Tambang Penerbangan Ke Sabah & Sarawak Tidak Mungkin Dikurangkan Lagi

KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak tidak mungkin dikurangkan lagi kerana kadar yang ada sekarang sudahpun diberi subsidi yang banyak, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Menteri Muda Pelancongan Sarawak Hamden Ahmad berkata walaupun kerajaan negeri menyambut baik sebarang langkah mengurangkan tambang khususnya oleh MasWing, sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia, ia sedar bahawa itu mungkin tidak dapat dilaksanakan sekarang.

"Syarikat itu perlu meraih keuntungan dahulu dalam operasinya," kata beliau kepada soalan Andy Chia Chu Fatt (BN-Pujut) yang mencadangkan agar tambang yang ada sekarang khususnya bagi destinasi dalam negeri di Sarawak dikaji semula untuk menggalakkan pelancongan.

Kepada soalan asal wakil yang sama, Hamden berkata Lembaga Pelancongan Sarawak Board (STB), yang merupakan cabang pemasaran pelancongan kerajaan negeri, telah melanjutkan kempen dikenali "100 Free Rooms" sehingga akhir tahun ini untuk menarik pelancong dari China.

Katanya keputusan itu dibuat kerana kempen itu mendapat sambutan baik di China dan Hong Kong tahun lepas.

STB, katanya, sedang berusaha memperkenalkan lagi Sarawak menerusi saluran televisyen di China, Taiwan dan Hong Kong.

Hamden berkata STB juga telah melantik wakil dari Korea untuk mengadakan promosi mengenai Sarawak di negara itu.

No comments: