JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Wednesday, May 6, 2009
Bandaraya Tunggal Tanpa Hospital
Mungkinkah wujud sebuah bandaraya di dunia ini yang tiada Hospital umum? Jawapan 'Ya' suatu yang janggal apabila memperkatakan bandaraya Kota Kinabalu di Sabah yang tiada hospital umum.
Jika adapun hanyalah Hospital Queen Elizabeth Hospital (QEH) yang telah diishtiharkan tidak selamat oleh kementerian kesiahatan sejak sekian lama.
Bagi Pas, QEH ada sejarahnya tersendiri apabila di QEH Preseiden PAS Tuan Guru Hj Hadi bersama beberapa pimpinan menziarahi Org kuat keADILan Sabah, Jeffry Kititngan yang mengalami kemalangan jalan raya sebelum PRU 12. Walaupun jeffry tidak mesra Islam dan amat sukar ditemui dalam program bersama Pakatan Rakyat.
Berikut pula ialah kenyataan bekas komponen BN sabah yang keluar dari gagasan BN, iaitu SAPP yang sejak akhir2 ini aktif memperjuangkan isu rakyat di sini.
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu adalah bandaya tunggal di dunia tanpa sebuah hospital umum, keperluan asas bagi sebuah Ibu Negeri berstatus bandaraya, kata Chong Pit Fah, Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP).
Katanya, para penduduk bandaraya dinafikan perkhidmatan penjagaan kesihatan selepas Kementerian Kesihatan pada akhir tahun lalu mengumumkan Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, tidak selamat dan memaksa para pesakit dipindahkan.
Beliau merujuk kepada krisis yang melanda QEH, hospital umum di sini selaku hospital rujukan utama di negeri ini. Para pesakit dipindahkan ke beberapa hospital daerah serta Sabah Medical Centre (SMC) sebuah hospital swasta sejak November lalu, setelah Menara Utama hospital itu didapati tidak selamat.
"Sudah 176 hari QEH diumumkan tidak selamat dan para pesakit dipindahkan ke beberapa hospital daerah tetapi Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Sabah masih gagal mengemukakan satu penyelesaian menyeluruh.
"Para pesakit terpaksa bertarung nyawa," katanya ketika melancarkan pemasangan papan tanda mengira hari krisis QEH di Ibu Pejabat SAPP di Bornion Centre, di sini, hari ini.
Chong juga mendakwa ada pesakit yang menderita apabila terpaksa menunggu lama untuk dibedah kerana jumlah pesakit yang menunggu giliran terus menerus meningkat hari demi hari.
Katanya, beliau mendapati majoriti pesakit QEH adalah dari golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta atau di luar negeri.
Beliau berkata, kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah QEH itu sebagai tidak adil dan kejam terhadap golongan miskin.
Di mana kemudahan kuarantin?
Pit Fah juga menyoal bentuk tindakan pihak berkenaan jika Sabah dilanda wabak "Swine Flu" yang kini telah merebak dan menimbulkan keresahan di negera seperti Mexico , USA, New Zealand , Canada , Spain dan United Kingdom.
"Dimana kemudahan kuarantin kita dan pusat menangani krisis ekoran masalah ketidakupayaan QEH itu?" soal, Chong.
Beliau berkata, kerajaan tidak seharusnya berdalih tidak dapat menyelesaikan masalah itu segera kerana berupaya membelanjakan ratusan juta wang pembayar cukai bagi projek paip gas di Kimanis, Papar untuk menyalurkan gas asli dari negeri ini ke Bintulu, Sarawak, untuk diproses dan seterusnya di eksport, selain tidak menghadapi masalah membayar pampasan jutaan Ringgit kepada pemegang konsesi apabila Kerajaan Persekutuan menunda kadar tol baru di Semenanjung.
Menyentuh "Papan tanda krisis dan kiraan hari QEH", Pit Fah memberitahu, tindakan itu adalah peringatan kepada Kerajaan dan pemimpin negeri terhadap keperitan penduduk Kota Kinabalu dan Sabah mengenai masalah yang perlu diselesaikan segera itu.
"Papan tanda itu bertujuan mengingatkan rakyat tentang kemungkinan bahaya yang mereka bakal hadapi jika jatuh sakit atau nazak," katanya.
Merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bahawa Kerajaan membelanjakan sehingga RM70 juta setahun untuk pemindahan pesakit QEH dan'outsource' perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi penyelesaian langkah jangka pendek, Chong mengingatkan bahawa Kerajaan perlu mengeluarkan belanja lebih tinggi jika masalah itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Mengenai langkah jangka panjang seperti yang dinyatakan Musa terutamanya pembinaan 'menara kembar' di tapak QEH di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (2011-2015) untuk menyediakan 661 buah katil, Pit Fah berkata, langkah itu terlalu lambat kerana situasi kini semakin meruncing.
"Ketua Menteri juga gagal menyatakan samada pelan itu akan dilaksanakan pada awal atau akhir rancangan itu serta masa sebenar yang diperlukan untuk menyiapkan 'menara kembar' itu," katanya.
Beliau menekankan, pembinaan 'menara kembar' itu sepatutnya dimulakan segera sebagai penyelesaian krisis perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dihadapi penduduk Kota Kinabalu dan seluruh Sabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment