JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, May 30, 2009

Gadis 15 Tahun dijerut


Mayat pelajar perempuan berusia 15 tahun ditemui dengan lehernya dijerut di kawasan belukar di Batu 17 Jalan Labuk semalam, dua hari selepas pelajar itu dilapor hilang.

Mayat Salanawati Sadarudin ditemui orang awam yang melalui kawasan belukar itu pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Sandakan ACP Rosli Mohd Isa ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketika ditemui, mayat pelajar itu masih berpakaian baju kurung sekolah menengah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata keluarga pelajar itu membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa pada pada pukul 3 petang Khamis lepas apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Gum-Gum Manis di Batu 16 Jalan Labuk selepas sesi persekolahan sehari sebelum itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Rosli berkata polis menahan seorang lelaki rakyat Filipina berusia 30 tahun kerana disyaki membunuh lelaki yang merogol isterinya.

Lelaki itu ditahan pada pukul 12.35 tengah hari semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Sandakan.

"Lelaki terbabit datang ke Balai Polis sambil membawa dua bilah parang dan mendakwa dia telah membunuh seorang lelaki yang merogol isterinya di Kampung Seguntor Batu 11 Jalan Labuk," katanya.

Beliau berkata berikutan dakwaan itu, polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang lelaki yang juga rakyat Filipina.

-- BERNAMA

No comments: