JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Tuesday, May 12, 2009
Rotan - Sistem Pembiakan Pelajar Wanita Terganggu?
Polemik samada tidak wajar atau wajar pelajar wanita dirotan, menjadi perbualan hangat khususnya guru-guru dan ibu bapa di Sarawak minggu ini. dalam keadaan guru di negeri itu kurang bersetuju, ibu bapa pula sebaliknya apabila majoriti berpendapat kelakuan pelajar wanita kini lebih teruk malah dalam keadaan tertentu lebih bermasalah berbanding lelaki. Bagi penulis, jika ibu bapa sudah bersetuju, mengapa tidak dilaksanakan sahaja perkara itu memandangkan tahap disiplin pelajar kini amat sukar dikawal dan jauh lebih dahsyat sehingga mencabar kesabaran guru yang pastintya dibebani dengan pelbagai tugas.
Tindakan sekumpulan pelajar di Sarawak yang membuli rakan dan disiarkan di You Tube beberapa minggu lalu wajar diberi perhatian sewajarnya.
Tambahan pula peningkatan pelajar wanita yang merokok menguatkan lagi hujah bahawa rotan wajar dilaksanak segera tanpa membataskan kepada jantina.
apa yang penting,kebijaksanaan guru melaksanakan kaedah rotan itu.
KUCHING: Ada alasan tertentu di sebalik isu mengapa pelajar perempuan tidak dikenakan hukuman rotan jika didapati melanggar peraturan sekolah.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah yang menjelaskan perkara itu berkata, hukuman rotan dikhuatiri mungkin memberi kesan terhadap sistem pembiakan perempuan.
“Jika cadangan itu diterima pakai sekalipun garis panduan yang jelas perlu dinyatakan, misalnya di bahagian badan yang mana dibenarkan untuk dirotan,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Perasmian Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-16, di Bangunan DUN, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Kesatuan Guru Sarawak (STU) mengenai hukuman rotan di sekolah termasuk memperkenalkan hukuman rotan untuk pelajar perempuan.
Isnin lepas, Presiden STU William Ghani Bina dipetik sebagai berkata, setakat ini peraturan hanya membenarkan pelajar lelaki dirotan manakala pelajar perempuan yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman membuat kerja amal seperti mencuci tandas dan mengutip sampah.
“Hukuman rotan ini patut dilaksanakan untuk pelajar perempuan sekolah menengah dan bukan sekolah rendah,” kata William dipetik sebagai berkata.
Menurut Fatimah, hukuman rotan sepatutnya dijalankan bagi kesalahan- kesalahan besar sahaja seperti merokok dan bergaduh bukannya bagi kesalahan-kesalahan kecil.
“Hanya cikgu-cikgu yang diberi tanggungjawab sahaja boleh menjalankan hukuman rotan dan ia hanya dijalankan untuk kesalahan besar sahaja.
Selain itu, katanya setiap sekolah di negeri ini perlu menghantar laporan disiplin pelajar kepada Bahagian Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Negeri bagi membolehkan pemantauan dibuat.
“Dari situ, kita akan mengetahui kesalahan yang kerap dilakukan pelajar dan tindakan seterusnya akan dapat dilakukan bagi mengekang pelajar terus melakukan kesalahan disiplin,” katanya.
Ibu bapa setuju pelajar perempuan turut dirotan
KUCHING: Ibu bapa bersetuju dengan cadangan peraturan hukuman rotan di kalangan pelajar perempuan sebagai satu langkah bagi mendisiplinkan para pelajar sama ada lelaki atau perempuan.
Mohd Idrus Abdul Wahid, 40, berkata ia satu peraturan yang perlu bagi menyedarkan para pelajar yang membuat kesalahan dan mungkin ia lebih berkesan daripada kerja-kerja amal.
“Walaupun pelajar perempuan berbeza dengan lelaki dari segi psikologinya, namun ia perlu dilakukan memandangkan masalah disiplin mereka semakin teruk berbanding dengan lelaki,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini, semalam.
Menurutnya, kalau boleh hukuman rotan yang dikenakan kepada pelajar perempuan jangan dilakukan di tempat terbuka kerana mereka agak sensitif.
Bapa kepada dua orang anak ini berkata, peraturan yang dikenakan juga merupakan satu kebaikan dalam membendung masalah di kalangan pelajar supaya mereka lebih takut untuk mengulangi kesalahan berkenaan.
Idrus berharap, pelaksanaan hukuman kepada pelajar perempuan berbeza dengan lelaki memandangkan mereka lebih sensitif.
Kesatuan Guru Sarawak (STU) mencadangkan untuk mengkaji semula berhubung hukuman rotan termasuk memperkenalkan hukuman rotan di kalangan para pelajar perempuan sekolah.
Jika dahulu, hukuman rotan hanya dikenakan ke atas pelajar lelaki yang membuat kesalahan manakala pelajar perempuan hanya menjalakan kerja-kerja amal atau hukuman ringan walaupun kadangkala kesalahan mereka adalah sama.
Bagi Fatimah Aris, 40, hukuman rotan kepada pelajar perempuan adalah satu tindakan wajar dijalankan kerana zaman kini pelajar perempuan juga mempunyai masalah disiplin yang sama dengan pelajar lelaki.
“Malahan, pelajar perempuan kadangkala disiplinnya lebih teruk daripada lelaki,” katanya.
Hukuman rotan kata Fatimah mungkin lebih menyedarkan mereka berbanding hanya melakukan kerja-kerja amal atau hukuman ringan yang boleh dikatakan tidak begitu berkesan kepada mereka.
Tambah Fatimah, hukuman yang dikenakan kepada pelajar perempuan adalah adil dan saksama kepada semua pelajar yang melakukan kesalahan tanpa mengira lelaki atau perempuan.
Berbeza pula dengan Constantine Limbai, 46, sebagai seorang bapa dia merasakan peraturan berkenaan ke atas pelajar perempuan adalah tidak wajar dilakukan kerana mungkin ada cara lain boleh dilakukan.
“Ia tidak semestinya hukuman rotan dan seperti mana yang kita ketahui perempuan adalah berbeza dengan lelaki walaupun kadangkala disiplin mereka teruk berbanding lelaki,” katanya.
Bagi Constantine, mungkin ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah berkenaan demi untuk kebaikan pelajar yang melakukan kesalahan khasnya pelajar perempuan.
Memetik Bernama yang disiarkan Isnin lepas Presiden STU William Ghani Bina berkata setakat ini, peraturan hanya membenarkan pelajar lelaki dirotan manakala pelajar perempuan yang melakukan kesalahan sama hanya dikenakan hukuman membuat kerja amal seperti mencuci tandas dan mengutip sampah.
Katanya, hukuman berkenaan dikenakan kepada pelajar perempuan sekolah menengah dan bukan sekolah rendah.
Ghani bagaimanapun menjelaskan, hukuman rotan ke atas pelajar perempuan hanya dibenarkan di bahagian tapak tangan pelajar perempuan itu dan tidak pada anggota badan lain.
Adalah tidak adil kepada pelajar lelaki katanya yang menerima hukuman rotan manakala perempuan hanya mendapat hukuman ringan walaupun kesalahan dilakukan adalah sama kerana sesetengah pelajar perempuan masa kini yang menghadapi masalah disiplin lebih teruk daripada pelajar lelaki sehingga ada yang terlibat menjadi samseng.
theborneopost
Pesanan: Jika penulis tidak di rotan oleh guru dan ibu semasa kecil, belum tentu penulis menjadi insan berguna pada masa kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
SOKONG..
krn rotanlah jg mak ayah kita dulu lebih mengenal erti kehidupan.
namun kalu utk memarahi anak tanpa usul periksa dan kesalahan yang tak munasabah, rotan prlu dielakkan krn boleh meninggalkan kesan psikologi pada remaja masa kini.
p/s: kenangan dirotan oleh ust adnan di tapak tangan sbb xingat hafazan..
SETUJU..
krn rotanlah jg yg menjadikan 'makayah' kita lbh mengenal erti kehidpan. namun, jk rotan tanpa usul periksa dan kesalahan itu tak munasabah..ia bukanlah satu jalan penyelesaian kerana boleh meninggalkan kesan psikologi yang amat mendalam buat remaja alaf kini.
p/s: teringat kenangan kena rotan dengan batang chopstick oleh ustaz adnan sbb xingt hafazan..apa2pn rotanlah jg menjadikan kita manusia yang berjaya..
yes...
i agree i agree i agree...
pttnya kn ajr sket dak2 zaman skrng...trlalu mlmpau......sbb rotan la sy tau erti hormat orng tua n tau jadi real human being....cm jgn terlalu mlmpau la.....
(even i'm still kanak2 rebena....hehe....,)
Post a Comment