Tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan sebanyak 15 peratus berkuatkuasa 15 Julai ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.
Menurut pemimpin BN itu, berdasarkan tarif baru, ia menyaksikan peningkatan 3.75 sen per kiloWat (kWh) iaitu daripada 25.5 sen kepada 29.25 sen per kWh bermula Jumaat ini.
Bimbang rakyat Sabah dan Labuan berang, Peter Chin memberi alasan penstrukturan semula sebagai alasan menghalalkan tindakan itu.
"Penstrukturan tarif diperlukan bagi mengimbangi jurang yang kian meningkat di antara kos pembekalan elektrik dengan kadar tarif sedia ada agar Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) terus membekalkan elektrik yang berdaya saing di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu pada 9 Julai lalu.
Tambah Fah Kui, di bawah tarif baru, 140,557 pengguna di Sabah dan Labuan yang penggunaan bulanannya kurang RM30 akan menikmati kadar lebih rendah.
"Bagi penggunaan sehingga RM77 akan menerima rebat, manakala bagi pengguna yang bil elektrik bulanannya antara RM77.48 dan RM119.20 menyaksikan caj bil meningkat antara RM85.83 dan RM135.
"Pengguna yang banyak menggunakan elektrik iaitu melebihi RM250 sebulan perlu membayar sekurang-kurangnya RM307," katanya.
Fah Kui berkata, penstrukturan tarif baru itu kononnya tidak dapat dielakkan atas alasan subsidi minyak yang diberikan kepada SESB didakwanya tidak cukup untuk menampung kos penyediaan bekalan elektrik iaitu 44.62 sen per kWh.
"Meskipun subsidi kerajaan 12.9 sen per kWh, SESB masih terpaksa menanggung kerugian 6.2 sen bagi setiap unit bekalan elektrik yang dijual,' katanya memberi alasan.
Sebelum ini, Peter Chin berjanji akan meletak jawatan jika masalah elektrik di Sabah gagal diselesaikan sebelum berakhirnya tahun 2010.
"Kementerian mensasarkan 700 minit Sistem Purata Tempoh Masa Gangguan (SAIDI) untuk setiap pengguna dalam tempoh setahun.
"Bagaimanapun hasilnya perlu dilihat hingga 31 Disember ini. “Jika usaha itu gagal, pada masa itu kamu boleh pecat saya.
"Tindakan tepat yang perlu saya lakukan ketika itu ialah meletak jawatan kerana SAIDI adalah penanda aras dan termasuk dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian saya,” kata Peter Chin pada 13 Mac 2010.
Sebelum ini, rakyat di semenanjung Malaysia turut menerima 'hadiah' dari kerajaan Umno BN pimpinan Najib Razak apabila tarif letrik melambung sebanyak 7.12 peratus berkuatkuasa 1 Jun lalu.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment