SIKAP pihak pengurusan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) tidak memberi maklum balas aduan mengenai pembatalan tiket balik jemaah umrah dengan MH 151 dari Jeddah pada jam 9.20 malam, 21 Mac lalu amat mendukacitakan jemaah terbabit.
Isu ini pernah disiarkan dalam akhbar ini pada 15 April lalu di bawah tajuk ‘Kesal MAS batal tiket penerbangan balik jemaah umrah’.
Jemaah umrah seramai 48 orang yang terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan pesara serta anak dan cucu mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat Gulf Air pada 9 Mac dan dijadual pulang dengan penerbangan MAS pada 21 Mac lalu.
Tetapi ketika beratur di kaunter tiket MAS di Jeddah, mereka diberitahu tiket kelas M dibatalkan tanpa dinyatakan sebab pembatalan, malah dikehendaki membuat bayaran tambahan untuk tiket kelas B.
Bagaimanapun, 15 jemaah diberikan tiket kelas M tetapi tiket bagi dua jemaah lagi dibatalkan oleh MAS dan mereka terpaksa pulang pada keesokan harinya.
Masalahnya, kenapa bayaran tambahan tiket kelas B dikenakan ke atas pelanggan atau pengendali umrah, tidak kepada ejen tiket MAS.
Disebabkan semua jemaah ingin cepat pulang ke tanah air, sejumlah 12,000 rial dibayar pada saat akhir pesawat hampir berlepas ke Kuala Lumpur.
Kita perlu tahu siapa pengurus kaunter tiket MAS di Jeddah itu kerana mereka dengan sengaja mengoyak tiket di depan jemaah.
Saya percaya jemaah mahukan penjelasan daripada kejadian itu.
Jika ada kesilapan, MAS hendaklah bertanggungjawab dan membayar balik wang yang dibayar itu, supaya imej MAS dapat diperbaiki sewajarnya.
GHANI MAHMUD, Kota Bharu, Kelantan.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment