SAYA mendapat temu duga sebagai penyelia ladang FELDA pada 26 Jun lalu di Johor.
Malangnya, selepas sampai ke tempat temu duga, pengawal mengatakan tiada temu duga dijalankan pada hari berkenaan dan temu duga jawatan itu sudah pun dibuat pada 22 dan 23 Jun lalu.
Agak menghairankan apabila seseorang mendapat temu duga pada Ahad dan mungkin ada yang mengatakan bahawa saya tersilap dengar.
Sebelum tarikh temu duga itu saya ada menghubungi pihak berkenaan dan mengulangi tarikh itu beberapa kali dan pegawai terbabit mengiyakan.
Pada 27 Jun lalu, saya menghubungi nombor telefon yang memanggil saya dan pegawai terbabit menyalahkan saya dan mengatakan saya salah maklumat.
Disebabkan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan pegawai terbabit, saya membuat aduan di laman web FELDA pada 27 Jun lalu.
Pada laman web itu mengatakan bahawa maklum balas akan diberi dalam masa tiga hari.
Namun sehingga kini saya masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak terbabit.
FENDI,
Johor.
No comments:
Post a Comment