Pilihan Raya Umum ke-13 yang ditetapkan pada 11 November tahun ini (11.11.11) kian hampir apabila sejak akhir-akhir ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin memberi signal jelas.
Najib semasa ditemuramah Hot.fm sebelum ini enggan mengulas angka 11.11.11 itu apabila diajukan adakah PRU jatuh pada tarikh kesukaannya itu.
Bagaimanapun, Najib sudahpun bersetuju untuk meluluskan sejumlah peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik seterusunya digunakan pada PRU kali ini.
"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa 'wujudnya pengundi hantu' pada pilihan raya di negara ini.
"Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar pada 23 Julai lalu.
Perhatikan perkataan Najib berbunyi "Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah,".
Pastinya kenyataan yakin itu ada kaitan dengan kenyataanya sebelum ini yang akan mempertahankan Putrajaya habis-habisan dengan 'apa cara sekalipun'.
'apa cara sekalipun', merujuk termasuklah enggan menerima tuntutan Bersih yang mahukan dakwat kekal pada PRU akan datang.
Malah Najib juga sebelum ini mahu Umno BN melakukan apa sahaja untuk merampas Selangor, negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat.
Selangor yang juga negeri termaju di Malaysia, amat dididamkan Najib kerana di negeri itulah terlalu banyak kekayaan yang amat didahagakan Umno.
Tidak menghairankan jika Najib melantik dirinya sendiri untuk sebagai Pengerusi Umno dan BN di negeri itu untuk merampas Selangor namun gagal sehingga kini.
Sementara itu, Muhyiddin sebentar tadi memaklumkan bahawa PRU akan datang hanya berbaki beberapa bulan lagi.
"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum," kata Muhyiddin yang turut mengakui Umno masih memiliki puaknya masing-masing.
Kalau pembaca masih ingat, selepas himpunan Bersih, Najib dan sepupunya yang juga Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussin keluar negara sekaligus masalah dalam negara dibebankan kepada Muhyiddin.
Disinilah timbulnya taktik Muhyiddin mengenakan Najib dengan menekan Polis dengan kenyataan bodohnya, 'Saya mahu Polis segera mendedahkan bukti video polis tidak kejam'.
Kenyataan Muhyiddin itu adalah disengajakan untuk memburukan Najib dan Hishammuddin kerana secara logiknya, dalam zaman internet ini, adalah amat bodoh untuk menayangkan semula video kononnya polis tidak ganas selepas dua minggu berakhirnya himpunan?
Malah, keganasan polis boleh diakses dengan mudah dipelbagai laman web terutamanya di Youtube dan turut disebarkan difacebook, antara laman sosial yang penggunaan rakyat Malaysia amat tinggi.
Kecualilah, Muhyiddin memang seorang TPM yang sengaja memperbodohkan dirinya?
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment