JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, July 1, 2011

PAS S'wak intai 4 kerusi parlimen

PAS Sarawak kini sudah mengenalpasti empat kerusi parlimen yang mahu ditandingi mereka dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

NONESetiausaha PAS negeri Fidzuan Zaidi berkata, kerusi tersebut adalah Petrajaya, Bintulu, Batang Lupar dan Miri.

"Subjek itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat negeri itu terlebih dahulu sebelum dimajukan ke peringkat pusat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pada 28 Jun lalu.

Dalam pilihan raya negeri yang berlangsung April lalu, PAS bertanding di lima kerusi DUN. Walaupun memperoleh pertambahan undi berbanding pilihan raya pada 2006, parti itu bagaimanapun tewas di semua tempat.

Sementara itu, bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi, PAS Sarawak juga menampilkan dua muka baru dalam barisan kabinetnya.

Mesyuarat yang berlangsung di Markas PAS negeri di Matang Jaya di Kuching semalam memilih komposisi ulama, profesional serta aktivis.

"(Ia) bakal mengorak perubahan mantap PAS Sarawak demi untuk membantu kemenangan PAS dan Pakatan menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti," kata ketua penerangan Mohd Azwani Abd Rani.

NONETokoh baru yang dilantik adalah ketua penerangannya Mohd Azwani dan pengarah pilihan raya Dr Ahmad Jolhi.

Mohd Azwani merupakan seorang jurutera manakala Dr Ahmad adalah pengamal perubatan homeopati.

Berikut senarai kepimpinan PAS Sarawak sesi 2011-2013:

Pesuruhjaya: Adam Ahid
Timb Pesuruhjaya 1: Syukri Ahmad Fauzi
Timb Pesuruhjaya2: Ahmad Hashim
Timb Pesuruhjaya 3 : Jofri Jaraiee
Setiausaha: Fidzuan Zaidi
Pen Setiausaha 1: Mursyidi Hasan
Pen Setiausaha 2: Syamsul Bahri Ahmad
Pen Setiausaha 3: Zurina Ahmad
Bendahari: Nazri Somat
Penolong Bendahari: Halim Ahmad
Ketua Pemuda: Mohd Arifiriazul Paijo
Ketua Muslimat: Sharifah bt Abdul Latif
Ketua Penerangan: Ir Mohd Azwani Abd Rani
Pengarah Pilihan Raya: Dr Ahmad Jolhi

No comments: