JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 9, 2011

Tindakan JPA beri gred tinggi kepada KKK tidak wajar

SAYA ingin menarik perhatian mengenai jawatan Ketua Komunikasi Korporat (KKK) di kementerian yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak 2009 lalu.

Selepas beberapa bulan ada KKK yang melepaskan jawatan kerana tidak dapat menyesuaikan diri di sektor awam serta kekangan lain.

Kebanyakan KKK ini juga tidak dilanjutkan tempohnya selepas dua tahun berkhidmat.

Sebelum ini, tugas berkenaan dilaksanakan pegawai Jabatan Penerangan dengan diberi gred tingkatan biasa.

Ramai yang bertanya apakah sebabnya orang ‘luar’ diberi jawatan ini dan ditawarkan Gred Terbuka (T54).

Jika dibandingkan dengan pegawai awam lain, mereka memerlukan masa 25 tahun untuk naik ke Gred 54.

Berbanding KKK, mereka hanya perlu mempunyai pengalaman lima tahun dalam bidang perhubungan awam dan media.

Untuk menjadi seorang pegawai perhubungan awam berwibawa, seseorang itu bukan saja perlu mengetahui fungsi perhubungan awam, sebaliknya menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti tadbir urus perhubungan awam kerajaan yang mencakupi perhubungan media, penulisan, penterjemahan dan perlu memahami serta mengetahui secara mendalam berkaitan prosedur kewangan, perolehan, penyediaan belanjawan mengurus, pentadbiran memahami surat pekeliling, perbendaharaan, politik, perkhidmatan serta apa jua peraturan yang menjadi amalan sektor awam.

Saranan saya, untuk menaikkan imej dan penyampaian perkhidmatan dalam tadbir urus promosi dan publisiti, ketua di Unit Komunikasi Korporat tidak perlu diberi gred terlalu tinggi, namun yang lebih penting bilangan perjawatan di unit berkenaan perlu ditambah.

MANTAN PEGAWAI PENERANGAN, Kuala Lumpur.

No comments: