JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 5, 2011

Wujudkan pakar bahasa di PBT

Lembaga Pembangun Sastera Perak (Lepas) mendesak kerajaan negeri menempatkan pegawai pakar bahasa di setiap pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyelesaikan isu penggunaan bahasa Melayu pada premis dan papan tanda.

Setiausaha Lepas, Ahmad Rashid Rafie berkata, langkah itu boleh memastikan penggunaan bahasa kebangsaan di premis, papan tanda mahupun iklan adalah menepati istilah dan tatabahasa yang sebenar.

Menurutnya, saiz perkataan bahasa Melayu juga perlu diperbesarkan berbanding bahasa lain jika wujud penggunaan dwibahasa dalam sesuatu iklan bagi mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan.

"Kami kesal dengan penggunaan iklan bahasa Inggeris di bandar ini kerana sebagai sebuah bandar diraja yang mempunyai kedaulatan, ia sepatutnya menjadi contoh dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.

"Kami turut berasa hairan bagaimana bahasa Inggeris juga digunakan untuk nama-nama tempat seperti Arena Square, Sungai Perak Resort, Sayong Riverfront Kuala Kangsar sedangkan bahasa Melayu lebih sesuai untuk digunakan," katanya pada 4 Julai lalu.

Beliau mengulas laporan akhbar Sabtu lalu yang mendedahkan penggunaan bahasa Inggeris yang dikhuatiri mula berleluasa di bandar Kuala Kangsar.

Beliau memberitahu, PBT wajar merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebelum meletakkan nama tempat terutama yang menjadi ikon pelancongan di negeri itu.

Sementara itu, tinjauan mendapati perkataan Sayong Riverfront Kuala Kangsar yang terpapar di tepi Sungai Perak mula ditutup dengan kanvas sebaik sahaja isu itu dipaparkan akhbar Sabtu lalu.

No comments: