SELAKU penerbit, saya sering berurusan dengan Pusat Kebangsaan ISBN, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk mendapatkan nombor ISBN.
Tetapi sejak akhir-akhir ini perkhidmatannya semakin lembap.
Antara masalahnya ialah perkhidmatan mesin faks amat terbatas dengan permohonan dari seluruh Malaysia (faks masuk dan keluar).
Pernah berlaku kami terpaksa faks dokumen yang sama beberapa kali ke PNM dan juga barkod yang difakskan tidak begitu jelas. Kualiti buku menjadi tidak bermutu dan standard.
Malah urusan penerbitan buku menjadi lambat dan mengganggu urusan pembekalan dan pengedaran ke kedai buku di seluruh negara.
Secara tidak langsung juga ia membantut usaha kerajaan dalam penerbitan buku sehingga 28,000 setahun seperti diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim.
Langkah sebaiknya yang patut dilaksanakan oleh kerajaan terutama PNM adalah dengan menyediakan perkhidmatan permohonan ISBN secara talian (online).
Perkhidmatan ini akan menjadi lebih berkesan dan mampu mempercepatkan permohonan.
Harapan kami selaku penerbit agar perkhidmatan ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.
Kami bersama PNM dan juga menteri berkenaan akan menjadikan Malaysia negara terulung dalam penerbitan buku bagi melahirkan warga Malaysia rakyat yang membaca dan berpengetahuan.
PENERBIT BERSEMANGAT, Kuala Lumpur.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment