JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, September 2, 2011

Apa yang berlaku antara Anwar dan Najib ?

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada apa yang berlaku antara beliau dengan Datuk Seri Najib Razak dari segi peribadi.

Namun, katanya ianya menjurus kepada soal dasar yang jelas berbeza antara beliau dengan dasar yang diamal pentadbiran Najib.

"Bukan soal peribadi (antara saya dengan Najib) tetapi (soal) dasar yang berbeda," katanya dalam twitternya hari ini.

Itu adalah jawapan beliau kepada soalan seseorang bernama 'weey_hmy' ditwitternya yang bertanyakan 'Apa sebenarnya yang berlaku antara tuan dengan Najib Tun razak?'

Najib ialah penyokong kuat Anwar dalam team wawasan semasa Anwar masih dalam Umno.

Namun, Najib terus membisu dan menyerang Anwar perlahan-lahan sebaik beliau dipecat dari parti dan kerajaan pada 2 September 1998, yang genap 13 tahun hari ini.

Anwar yang kini Ketua Umum KEADILAN memiliki dasar yang jelas khasnya Buku Jingga dan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Menariknya, kebanyakan dasar itu ditiru Najib secara berpilih cuma dinamakan dalam istilah berbeza.

AEM misalnya diistilah Najib sebagai Model Baru Ekonomi (MBE).

Anwar pernah membongkar perkara ini diblognya sebelum ini dan sehingga kini Najib tidak menjawabnya.

Najib juga pernah mengutuk dasar Buku Jingga semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang yang disifatkannya boleh membankrapkan negara.

Oleh itu, Anwar mengajak Najib berdebat mengenai Buku Jingga namun Najib menyambutnya dengan mahu menyerang Anwar dalam isu liwat.

Anwar yang cukup profesional bersedia jika itu dimahukan Najib, namun menekankan isu dasar lebih penting untuk didebatkan kerana ia lebih melibatkan rakyat terbanyak yang terbeban dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Namun, sekali lagi Najib membisu yang akhirnya Anwar mengeluarkan kata-kata berikut.

"Najib cakap dalam Tv berdegar-degar (menyerang dasar Buku Jingga), diajak debat, penakut!".

Sebagai rekod, bekas wartawan Utusan, Hatta Wahari sebelumnya mendedahkan Utusan didesak menyerang dasar Buku Jingga kerana Buku itu memberi kesan besar sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

No comments: