JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, September 23, 2011

Guru tak puas hati terhadap Najib

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) dalam usaha memperjuangkan kebajikan dan perkhidmatan ahlinya, telah menghantar cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Perguruan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Yang Dipertua KGBS, Ahmad Malie (gambar) berkata, ia ekoran daripada ketidakpuasan hati di kalangan guru terhadap insentif untuk guru yang diumumkan Perdana Menteri semasa Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan lalu.

“Antara yang terkandung dalam kertas cadangan kita ialah menggesa jawatan Guru Besar di sekolah rendah perlu dinaik taraf daripada gred DGA32 dan DGA34 kepada DGA48.

“Manakala Penolong Kanannya pula dari Gred DGA32 kepada DG44, agar lebih ramai guru di sekolah rendah adalah guru-guru siswazah,” katanya dalam satu kenyataan pada 20 September lalu.

KGBS juga kata beliau berharap guru-guru siswazah DG41 diberi peluang untuk naik pangkat secara ‘time based’ sehingga ke gred DG52 sama ada mereka berkhidmat di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah.

Bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan di Sarawak kesatuan juga menyeru kepada kerajaan supaya semua Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) di 25 buah PPD dilantik ke gred DG52.

“Ia kerana sehingga kini hanya enam sahaja daripada 31 buah PPD di Sarawak dilantik atas gred DG52,” tegasnya.

Bukan tertumpu kepada itu sahaja KGSB menggesa kepada KPM mempertimbangkan insentif khas kepada guru yang telah memperolehi ijazah lanjutan sarjana atau ijazah doktor falsafah (PHD).

Ia sama ada dalam bentuk kenaikan gaji atau kenaikan skim, yang dilihat sebagai galakan kepada mereka yang telah berusaha mempertingkatkan ilmi pengetahuan.

“Gesaan ini telah lama KGBS suarakan namun hingga kini ia belum nampak tindakan pihak kerajaan khususnya KPM untuk mempertimbangkan ganjaran ini.

“Justeru KGBS amat mengharapkan agar KPM dapat menyelesaikan isu ini dengan segera demi meredakan ketidakpuasan hati kalangan guru yang berkenaan,” kata Ahmad.

Sehubungan itu kertas cadangan berkenaan telah diserahkan KGBS kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran.

Ia untuk dipertimbangkan oleh panel KPM dalam kajian makmal yang sedang dijalankan pada masa kini.

No comments: