JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, September 14, 2011

'K'jaan tak boleh halang telco kutip cukai 6 peratus'

Kerajaan tiada kuasa menghalang syarikat telekomunikasi mengenakan cukai enam peratus bagi perkhidmatan telefon bimbit prabayar kendalikan mereka.

Presiden Institut Percukaian Bertauliah Malaysia, SM Thaneermalai, berkata, cukai diperkenal pada 1998 itu sebenarnya cukai pengguna yang ditolak pembekal perkhidmatan kepada pengguna.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih boleh menghalang pengguna daripada menanggung bebanan itu dengan menghapuskan cukai perkhidmatan itu secara keseluruhannya.

"(Menteri kewangan) boleh bawa perkara ini ke Kabinet dan gunakan kuasa menteri untuk memberi pengecualian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Cukai Perkhidmatan (1975)," katanya pada 14 September lalu.

Namun, pilihan ini mungkin tidak akan disenangi oleh kerajaan kerana Malaysia telah mengalami defisit belanajawan yang semakin besar. Kerajaan dianggarkan mengutip kira-kira RM750 juta daripada cukai telefon bimbit prabayar.

Selain itu, Thaneermalai berkata, kerajaan boleh cuba menggunakan kuasa melalui agensi-agensi di bawahnya untuk memaksa syarikat-syarikat telekomunikasi supaya menyerap kos berkenaan.

barisan nasional rais yatim"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada unit-unit lain syarikat-syarikat telekomunikasi itu seperti perkhidmatan 2G dan 3G, jadi mereka akan berhati-hati agar tidak bertelagah dengan SKMM," katanya.

Isnin lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi telah bersetuju menangguhkan keputusan mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna telefon bimbit prabayar.

No comments: