JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, September 7, 2011

Kami tak perlu nasihat dari Umno - Gerakan

Cadangan supaya calon Gerakan Melaka bertanding di bawah lambangnya sendiri, makin mendapat sokongan.

Naib ketua Pemuda Gerakan pusat, David Ang berkata, beliau menyokong penuh cadangan yang dibuat Setiausaha Agung partinya, Teng Chang Yeow.

Menurutnya, semua ahli Gerakan Melaka patut menyokong cadangan Teng agar bertanding di bawah lambang parti sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Cadangan itu katanya, tidak seharusnya terhad kepada Gerakan Bahagian Bachang sahaja tetapi harus merangkumi "kesemua kawasan lain" di Melaka di mana parti itu merasakan calonnya berpeluang menang.

Sambil mengingatkan pemimpin BN supaya jangan terlampau "mengasak Gerakan", Ang menegaskan parti itu "akan melawan balik demi maruahnya".

"Gerakan kini berusia 43 tahun dan kami sudah cukup matang dan berpengalaman untuk menentukan sendiri nasib dan halatuju kami.

"Kami tidak perlukan Umno atau mana-mana pihak lain untuk memberitahu kami di mana kami perlu bertanding.

"Kami akan buat keputusan di mana kita patut bertanding dan kami akan beritahu mereka bila tiba masanya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa BN Melaka akan meletakkan 'calon boleh menang' sama ada dari Umno atau MCA - bagi menggantikan Gerakan - di DUN Bachang pada PRU akan datang.

Gerakan bertanding kerusi itu sejak 1995, tetapi calonnya, Wendy Ngo Kim Hwa tewas kepada Lim Jak Wong dari DAP pada PRU 2008.

Mohd Ali yang juga ketua menteri Melaka dilaporkan berkata BN memerlukan calon yang boleh menjamin kemenangan di Bachang dan jika Gerakan tidak mempunyai calon sedemikian, maka lebih baik calon Umno yang bertanding di DUN itu.

No comments: