KEADILAN melihat kejatuhan populariti Datuk Seri Najib Razak membuktikan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kian hampir, kata Naib Presidennya, Fuziah Salleh.
Oleh itu, katanya, Najib perlu melakukan sesuatu bagi menaik imejnya dengan mengumum 'benda-benda baik' pada pembentangan bajet Oktober depan.
"Dari sego psikologi, tren graf ini akan terus menurun kerana kegagalan pentadbiran Najib menangani kos sara hidup yang kian meningkat dan sistem daftar pemilih yang kekal kotor.
"Sebab itu, PRU berkemungkinan diadakan awal November selepas pembentangan bajet yang kebiasannya, media upahan Umno BN mewar-warkan kononnya ia bajet itu baik dan graf itu naik sekejap," katanya dihubungi Suara Keadilan.
Namun, katanya, kenaikan itu bersifat sementara dan pada masa itulah Najib umum Parlimen dibubarkan.
"Jika Najib tidak bubar pada masa itu, graf itu akan berterusan marosot sehinggalah tahun depan dan pentadbiran Najib tidak akan mengadakan PRU selepas Jun kerana GST selepas itu akan dilaksana," katanya.
Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kemorosotan itu bukti jelas Najib tiada kewibawaan sebagai pemimpin.
"Isu melingkari isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terus membelenggu Najib, plan pemulihan ekonominya tempang dan bebanan perebutan kuasa yang berkecamuk dalam Umno.
"Ini semua antara punca sokongan Najib jatuh mendadak dan kita dalam Pakatan Rakyat akan bekerja kuat ke Putrajaya bagi membawa negara ini bersama dasar-dasar pro rakyat," tegasnya.
Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kemorosotan populariti Najib menunjukan gagasan 1 Malaysia ciptaannya kekal memecah belahkan rakyat pelbagai kaum.
"1Malaysia ini hanya retorik politik demi kelangsungan politik Umno BN dan hakikatnya, gagasan ini hanya mengkayakan segelintir kecil kroni elit yang rapat dengan pemerintah.
"Buktinya, kekayaan negara kekal berlegar dalam kalangan mereka sahaja dengan rakyat terus miskin dalam keadaan negara lebih 50 tahun merdeka," katanya.
Pada penghujung Ogos lalu, badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center mendedahkan tahap puas hati rakyat dengan pentadbiran Najib merosot enam mata kepada 59 peratus.
Menurut Merdeka Center, kemerosotan berkait rapat dengan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat dan kegagalan pentadbiran Najib memenuhi tuntutan Bersih yang mendesak reformasi pilihan raya.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment