JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 26, 2011

Lebih 500,000 Bangla di Malaysia - Hishamuddin

Warga Bangladesh dituduh cabul pelajar kolej swastaSeorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 26 September lalu ekoran tuduhan mencabul seorang pelajar wanita kolej swasta, enam hari sebelumnya.

Warga Bangladesh itu yang juga pekerja pasar raya, Md Kamruzaman Chansarif, 28, didakwa mencabul kehormatan dengan memeluk dan mencium pipi pelajar berusia 19 tahun itu.

Lelaki Bangladesh itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di hadapan lif Tingkat 5, Kolej Segi, No. 33-35, Jalan Hang Lekiu, Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira 12.30 tengah hari pada 20 September lalu.

Md Kamruzaman didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan 31 Oktober untuk sebutan kes dengan Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor D.R. Ghanthi Nathan.

Sejak peningkatan mendadak warga Bangladesh di Malaysia, peningkatan jenayah mereka kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Jenayah warga Bangladesh, setakat yang dilapor mediaPada 31 Ogos 2010, Polis menahan seorang pekerja ladang warga Bangladesh selepas disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di belakang sebuah surau, di ladang kelapa sawit Bukit Putri, Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang.

Pada 19 Februari 2011, Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim, Kedah (PADK) mencekup seorang lelaki Bangladesh bersama wanita tempatan kerana berzina.

Pada 8 Jun 2011, kerana berebut seorang wanita, lebih 200 pekerja lelaki warga Vietnam dan Bangladesh bertempur mengakibatkan 23 cedera.

Pada 23 Julai 2011, polis menahan dua warga Bangladesh kerana disyaki terlibat membunuh pembantu rumah termasuk kesan lebam di badan dan hentakan di kepala di rumah majikan wanita itu di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Pada 20 Ogos 2011, Polis menahan seorang warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam kes pemberi hutang atau "Ahlong". Polis juga masih menjejaki dua lagi warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 27 Ogos 2011, Tiga lelaki Bangladesh berdepan empat tuduhan membunuh dan melupuskan mayat seorang wanita serta anaknya yang dikerat menjadi 15 bahagian.

Pada 28 Ogos 2011, seorang lelaki Bangladesh ditahan selepas disyaki mendera anak tirinya berusia tiga tahun, menyebabkan mangsa terlantar di hospital akibat patah gigi dan lebam seluruh badan.

Pada 19 September 2011, seorang gadis berusia 23 tahun tertekan selepas teman lelakinya warga Bangladesh mengugut menyebar gambar lucahnya sejurus mangsa menyatakan hasrat memutuskan hubungan cinta mereka.Lebih 500,000 warga Bangladesh di Malaysia

Pada 2007, Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata lebih 200,000 pekerja Bangladesh di Malaysia dan kemasukan mereka untuk tujuan pekerjaan ditamatkan serta-merta.

Namun, selepas Umno BN tewas 2/3 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac 2008, pentadbiran Umno BN mengubah dasar itu sekaligus warga Bangladesh di Malaysia meningkat lebih sekali ganda.

Ia diakui sendiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr.S.Subramaniam pada 30 Mac 2009, iaitu setahun selepas PRU ke-12.

"Pada masa ini terdapat 450,000 pekerja Bangladesh di Malaysia dan kebanyakannya bekerja di sektor pembuatan, perladangan dan pertanian," kata Datuk Dr. S. Subramaniam pada 30 Mac 2009.

Manakala pada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 29 Jun tahun ini mengesahkan warga Bangladesh kini melebihi 500,000.

Hishamuddin berkata, jumlah melebihi setengah juta itu termasuklah mereka yang sudah tamat permit bekerja atau tinggal di Malaysia melebihi tempoh.

Pertambahan ini sangat menarik dengan pendedahan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajeed pada baru-baru ini bahawa warganya kian mudah menjadi warga Malaysia sejak 2010 sehingga kini.

Hasina berkata, mudahnya warga Bangladesh menjadi warga Malaysia dalam tempoh singkat adalah bersyarat, iaitu mereka mestilah mengundi calon Umno BN dalam pilihan raya.

Kenyataan PM Bangladesh itu disiarkan pada 16 September lalu, namun dipadamkan kira-kira 24 jam kemudian selepas ianya heboh diperkatakan di internet.

Paling menarik, selepas isu itu heboh, hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh yang menjawabnya, manakala Hishamuddin hanya menjawab artikel yang disiar blog http://www.malaysia-chronicle.com/ dan langsung tidak menjawab pendedahan dari PM Bangladesh itu.

Sehingga kini, PM Bangladesh itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafi atau menarik balik kenyataannya itu sekaligus dibimbangi lebih 500,000 warga Bangla itu direkrut untuk menambahkan undi Umno BN pada PRU ke-13.

Harus diingat, Najib Razak sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mempertahankan Pentadbirannya 'dengan apa cara sekalipun'.

Umno di bahagian Hulu Selangor misalnya, pernah didedah oleh media kerana terlibat menjadikan warga asing sebagai ahli mereka.

Menariknya, Pengerusi Umno Selangor ialah Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

No comments: