JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, September 14, 2011

Mohd Sabu saman Utusan

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita memfitnahnya mengenai isu komunis.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Utusan, akhbar milik Umno itu pada laporan muka depan pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" adalah fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, pengganas dan mempertikai aqidah.

"Fitnah-fitnah itu boleh menyebab keselamatan saya dan keluarga terjejas dan perlunya saya ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS pada 14 September lalu yang turut disertai peguamnya, Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, saman itu menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan dengan jumlah ganti rugi bergantung kepada tafsiran mahkamah.

Laporan Utusan pada 27 Ogos lalu menyiarkan Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai itu.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

Ekoran laporan itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.’

Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya

No comments: