JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, September 20, 2011

Konvensyen Pakatan Sabah : Fahami mesej pengundi - Azizah

Fahami mesej pengundi jika mahu menawan Sabah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dihadapan kira-kira 2,000 pimpinan, ahli, pendokong, pengikut dan penyokong Pakatan Rakyat Sabah.

Menurutnya, mesej rakyat Sabah sejak 1999 di negeri itu jelas iaitu KEADILAN, PAS dan DAP harus memantapkan muafakat bagi memastikan Umno BN tumbang.

"Saya mencabar pimpinan, ahli, pendokong, pengikut, penyokong Pakatan Rakyat Sabah, kalau mahu membentuk kerajaan baru di negeri ini, pastikan muafakat kita dipereratkan dan jangan beri ruang walau seinci kepada pihak lawan untuk memecah kesatuan kita," katanya pada konvesnyen Pakatan Rakyat Sabah yang pertama di Kota Kinabalu pada 16 September lalu.

Konvensyen yang berlangsung di Kota Kinabalu itu turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu.

Azizah yang juga Pengerusi Interim KEADILAN Sabah menegaskan, konvensyen yang berlangsung itu sangat bermakna buat gabungan KEADILAN, PAS dan DAP yang sekian lama dimomokan media upahan Umno BN kononnya tiga parti itu tidak boleh bekerja sama.

"Sebelum ini, apabila disebut politik Malaysia, tergambar dalam fikiran kita bahawa ianya mesti Umno BN dan parti pembangkang sahaja.

"Namun, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 mitos itu berjaya dipecahkan," katanya.

Pada PRU lalu, Pakatan Rakyat berjaya memerintah Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah selain mengekalkan kerajaan di Kelantan.

Buat pertama kali juga, Pakatan Rakyat hampir menyapu bersih Parlimen di Kuala Lumpur selain menafikan majoriti 2/3 Umno BN di Dewan Rakyat buat pertama kali.

"Ini membuktikan kita mampu mengurus masa depan yang lebih baik melalui dasar Pakatan Rakyat dan potensi ini juga harus dimanfaat rakyat Sabah dengan memastikan perubahan besar berlaku negeri ini pada PRU akan datang," katanya.

Walaupun Pakatan hanya memerintah beberapa negeri sejak tiga tahun lalu, namun rakyat jelas merasai secara langsung faedahnya.

Di Selangor misalnya, rakyat negeri itu mendapat air percuma selain beberapa kebajikan lain yang gagal dibuat Umno BN.

Manakala di Pulau Pinang, setiap bayi yang baru lahir terus mendapat bantuan kewangan dari kerajaan negeri selain Kedah yang menurunkan kadar bayaran premium tanah di negeri itu.

Manakala Kelantan pula, yang dipimpin seorang ulama berjaya mewujudkan keharmonian kaum dengan beberapa dasarnya ditiru pentadbiran Umno BN sejak era Tun Dr Mahathir lagi.

No comments: