JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 5, 2011

Parti Cina lebih utamakan Politik - Persatuan Hokkien Sabah

Persekutuan Persatuan Hokkien Sabah dan Labuan kesal dengan parti politik Sabah berteraskan masyarakat Cina yang terlalu berpolitik sehingga mengabaikan pembangunan ekonomi negeri.

Presidennya, Datuk (Major) Goh Tian Chuan, berkata, parti politik sepatutnya memfokuskan memajukan ekonomi bagi menarik lebih ramai pelabur asing ke di negeri itu.

"Parti politik Cina di Sabah hanya berjuang untuk kerusi dengan paparan berterusan di media.

"Seolah-olah pilihan raya akan diadakan esok. Semuanya sibuk berpolitik," katanya pada sambutan persatuan itu di Kota Kinabalu pada 2 September lalu.

Persekutuan Hokkien Persatuan Sabah dan Labuan terdiri daripada 22 persatuan.

Parti Politik Sabah yang majoritinya kaum Cina ketika ini termasuklah LDP, MCA dan Gerakan dalam BN, selain SAPP bekas sekutu BN dan DAP mewakili Pakatan Rakyat.

LDP yang merupakan sekutu tertua BN kini dikecam hebat sekutunya selepas menuntut semua kerusi milik SAPP yang meninggalkan BN diserahkan kepada mereka.

DAP pula mendesak SAPP segera menyertai Pakatan Rakyat jika bekas sekutu BN itu jujur mahu menumbangkan BN.

SAPP sehingga kini kekal dengan pendiriannya mahu bertanding 40 daripada 60 kerusi DUN.

Malah, sebelum ini, SAPP tutut meletakan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Namun, calon SAPP iaitu presidennye sendiri, Yong Teck Lee malu besar apabila mendapat undi tercorot dalam saingan tiga penjuru.

SAPP sebelum itu berjanji mahu memberi laluan kepada KEADILAN untuk bertanding satu lawan satu namun mengesahkan pertandingan di saat saat akhir, sekaligus memudahkan BN menang di situ.

No comments: