JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 5, 2011

BN serang peribadi, kita jelaskan dasar - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hairan dengan taktik berterusan pentadbiran Datuk Seri Najib menyerang peribadi pimpinan Pakatan Rakyat.

Ini kerana kata beliau, serangan sedemikian dibuat kerana Najib gagal menyaingi dasar Pakatan Rakyat.

"Mereka (Pentadbiran Najib) menyerang saya, Lim Kit Siang dan Mahd Sabu kerana itu permainan mereka, tugas kita pula ialah menjelaskan dasar-dasar kita.

"Mengapa (pentadbiran Najib) serang peribadi, sebab mereka gagal menyaingi dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat," katanya pada majlis sambutan Aidilfitri anjura KEADILAN Sarawak di Kuching pada 4 September lalu.

Menurutnya, dasar Pakatan Rakyat terbukti melalui pelaksanaan di negeri pimpinannya khasnya di Pulau Pinang dan Selangor.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sarawak menilai secara adil dasar pentadbiran Pakatan Rakyat yang baru memerintah tiga tahun berbanding Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud lebih 30 tahun.

"Di Sarawak misalnya, rasuah kian parah, ditambah peningkatan harga makanan, rampasan tanah dan kos hidup yang tinggi," katanya yang sebelum itu melawat Kampung Pinang Sumatera di Mambong, antara kawasan miskin di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Anwar menasihatkan jentera Pakatan Rakyat tidak leka dengan kemorosotan sokongan terhadap Najib.

Ini kerana kata beliau, kredibiliti Najib sudah pun teruk sebaik beliau mengambil alih pentadbiran Negara dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, isu Altantuya, komisyen Kapal Selam, mengkayakan kroni, terlalu mengikut cakap isteri antara skandal yang kekal terpalit dalam peribadi Presiden Umno itu.

"Di Pihak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang terdiri dari KEADILAN, PAS dan DAP, kita bermesyuarat setiap bulan bagi membincang isu-isu nasional termasuklah mengenai dasar dan manifesto bersama.

"Manakala diperingkat anggota, aktivis, pengikut dan pendokong Pakatan Rakyat, eratkan muafakat, mantapkan jentera dan pertingkatkan perjuangan, jangan leka," nasihat beliau.

Turut serta, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba'kelalan, Baru Bian, Adun Batu Lintang, See Chee How, Adun Krian, Ali anak Biju dan Adun Batu Kawa, Christina Chew.

No comments: