JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 5, 2011

Masyarakat Cina di Malaysia berkurang - Hock Seng

Masyarakat Cina di Malaysia semakin berkurangan, kata Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, Tan Sri Tee Hock Seng.

Menurutnya, berdasarkan banci penduduk pada 2010, masyarakat Cina di Malaysia hanyalah 24.6 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia.

"Fenomena ini akan memberi kesan kepada masyarakat dalam pelbagai aspek termasuklah pendidikan, ekonomi, politik dan budaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan kali ke-36 persatuan itu di Kota Kinabalu pada 2 September lalu.

Menurutnya, faktor itu mungkin disebabkan kos sara hidup kian meningkat sekaligus masyarakat Cina berkahwin lewat dan akhirnya kadar kelahiran menjadi rendah.

"Dalam hal ini, persatuan-persatuan Cina harus mencari jalan untuk meningkatkan kadar kelahiran di kalangan penduduk Cina.

"Persatuan boleh memberi subsidi untuk menggalakkan ahli-ahli mempunyai lebih banyak anak-anak," katanya lagi.

No comments: