JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 5, 2011

Persatuan Hokkien tuntut pilihan raya Bersih

Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia mendesak kerajaan Persekutuan mengadakan pilihan raya bersih bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Presidennya, Tan Sri Tee Hock Seng berkata penipuan pilihan raya melibatkan pengundi hantu, undi pos dan pekerja asing perlu diambil serius kerana ia melibatkan hak rakyat selaku pengundi.

Tee turut menggesa jawatankuasa penambahbaikan yang diumum Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bekerja keras memperbaiki proses pilihan raya di Malaysia yang dilihat tidak telus.

Beliau berkata demikian sempena sambutan ulang tahun ke-36 Persekutuan Hokkien Persatuan Sabah dan Labuan di Kota Kinabalu pada 2 September lalu.

Persekutuan Hokkien Persatuan Sabah dan Labuan terdiri daripada 22 persatuan dengan majlis itu berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 perwakilan dari di seluruh negara.

No comments: