JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, September 30, 2011

Taib Mahmud bercerita mengenai isterinya

Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau berkahwin untuk menjadikan isterinya,Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, teman hidup kerana menjangka selepas bersara beliau akan mempunyai lebih banyak masa persendirian.

“Atas sebab itulah isteri saya tidak banyak tampil ke hadapan dan kami gembira dengan keadaan itu,” katanya sambil tersenyum.

Taib berkata, beliau juga memberi peluang kepada isterinya untuk menyesuaikan diri – daripada suasana dunia Arab kepada suasana Malaysia.

“Saya tidak mempunyai banyak perkara bercakap mengenai isteri saya dan beliau juga mungkin begitu. Isteri saya mempunyai pendidikan mencukupi untuk menjadi teman hidup saya dan membuatkan perbualan kami seronok. Beliau tahu banyak mengenai agama,” katanya.

“Isteri saya orang Syria, bukan orang Lubnan, beliau juga bukan pramugari seperti dilaporkan sebelum ini. Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita berkenaan.

“Kami bertemu di Arab Saudi di mana ibu bapanya bekerja. Apabila saya berkahwin dengannya, saya memberitahu bahawa saya akan bersara dalam beberapa tahun lagi. Dia tidak berkahwin dengan saya untuk terbabit dalam kehidupan politik yang aktif.

“Tapi seperti isteri orang lain, beliau tetap membantu saya ketika pilihan raya,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata isteri barunya tidak begitu terbabit dalam kegiatan rakyat seperti isterinya dulu (Laila).

“Isteri saya dulu bersama-sama dengan saya sehingga akhir hayat dan pernah bergiat dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Mungkin selepas isteri baru saya belajar bahasa Melayu, dia akan lebih berminat dengan PERKIM. Dia sedang berusaha belajar bahasa Melayu”, katanya.

Ditanya adakah beliau sendiri sudah mula mempelajari bahasa Arab, Taib berkata beliau mungkin melakukannya selepas bersara.

“Bukan sekarang, mungkin selepas saya bersara, macam-macam saya boleh buat. Sebenarnya saya berfikir untuk bersara 10 tahun lalu dan kemudian ke Amerika untuk berehat pada musim panas.

“Mungkin juga saya akan meminta dua tiga orang penulis bukan untuk menulis memoir seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi untuk melakar dalam hitam putih beberapa idea yang boleh diikuti oleh pemimpin masa depan berdasarkan pengalaman saya,” katanya.

Taib mengakui beliau tidak melihat dirinya sebagai ahli politik dan tidak suka hal-ehwal peribadinya diketahui umum. Yang jelas, beliau begitu rapat dengan keluarganya.

No comments: