JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, January 31, 2010

2KG Gula Jak, Faham - BN

Semua penduduk pulau Sebatik tidak lagi dibenar membawa gula melebihi dua kilogram berkuatkuasa esok (Ahad), kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya akan menempatkan pegawai secara bergilir di pintu masuk dan keluar Pulau Sebatik bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.

"Mulai esok, mana-mana penduduk yang membawa gula melebihi dua kilogram akan dirampas," katanya kepada Bernama selepas melancarkan projek pengedaran barang perlu, penyeragaman harga LPG serta projek 'community Drumming' di Luasong, dekat sini pada hari Sabtu.

Beliau berkata tindakan itu dibuat berikutan maklumat daripada anggota Parlimen Tawau Datuk Abdul Ghapur Salleh kepada kementerian bahawa banyak barang kawalan terutama gula diseludup ke negara jiran melalui Pulau Sebatik.

Tan berkata tindakan itu adalah bagi melindungi keperluan rakyat di negara ini.

Mengenai tiga projek yang dilancarkan hari ini, beliau berkata kementeriaan bersetuju pada dasarnya untuk melantik Koperasi Bela Rakyat (Kobera) Dewan Undangan Negeri Sebatik untuk mengendalikannya, dan ia dijangka dilaksana Mac ini.

-- BERNAMA

No comments: