JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, January 16, 2010

Majlis Peguam diperintah bayar RM90,000 kepada Lingam

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Majlis Peguam diperintahkan membayar RM90,000 kepada Datuk V.K. Lingam (gambar) sebagai kos litigasi berhubung keputusan badan itu menubuhkan tribunal siasatan percutian peguam tersebut bersama bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Mohd. Eusoff Chin di New Zealand pada 1994.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali mengekalkan jumlah yang ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, N. Isfahanie Wan Ab. Rahman pada November 2003 selepas menolak permohonan semakan terhadap jumlah tersebut yang dikemukakan oleh Lingam dan Majlis Peguam.

Keputusan dibuat oleh Hakim Aziah di kamar beliau petang ini.

Lingam diwakili peguam Datuk V. Sivaparanjothi manakala Datuk Bastian Pius Vendargon mewakili Majlis Peguam dan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam.

Peguam terkenal itu memfailkan semakan kerana mendakwa jumlah RM90,000 yang diberikan adalah terlalu rendah.

Pada 23 Disember 2002, Lingam telah mengemukakan rayuan terhadap tindakan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang memutuskan bahawa aduan Majlis Peguam terhadap Lingam mempunyai merit.

Kedua-dua badan terbabit telah memutuskan untuk melantik Tribunal Siasatan bertujuan menyiasat dakwaan salah laku Lingam.

Majlis Peguam telah meminta penjelasan Lingam berhubung aduan tersebut namun peguam terbabit gagal membuat sebarang penjelasan.

Lingam bagaimanapun mendakwa keputusan responden untuk melantik tribunal tersebut bagi menyiasat aduan berkenaan adalah satu keputusan yang berat sebelah.

Menurut Lingam, beliau tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kerana tidak melakukan kesalahan melanggar disiplin.

No comments: