JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, January 4, 2010

Pilihanraya ? Kami sudah bersedia


SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak telah bersiap sedia dalam segala aspek untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.

Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata, mereka kini cuma menunggu hasil rundingan dengan komponen parti lain di bawah Pakatan Rakyat (PR), terutama melibatkan pengagihan kira-kira lima kerusi.

Wong yang dihubungi petang semalam memberitahu, pada pilihan raya nanti, DAP dijangka akan bertanding di 25 kerusi di seluruh negeri.

“Pada akhir bulan ini kita akan bertemu dengan pemimpin PKR bagi membincangkan perkara terbabit (pengagihan kerusi). Hasil daripada perbincangan tersebut kemudian dibawa dalam pertemuan dengan pemimpin dari komponen parti lain dalam PR,” katanya.
Menurut Wong, sebagai persiapan DAP telah menubuhkan cawangan baru di kawasan Bumiputera (native zone) dan campuran (mix zone) di beberapa bahagian di seluruh negeri.

Dua daripada cawangan tersebut ditubuhkan di Sibu iaitu masing-masing di Sibu Jaya dan Sungai Merah; Sri Aman, Serian, Piasau serta Limbang.

Katanya, bagi mengukuhkan lagi parti itu, DAP turut menubuhkan Jawatankuasa Protem di Senadin, Miri.

“Setakat ini perbincangan di antara DAP dengan komponen parti lain di bawah PR dalam persekitaran yang aman,” ujar beliau yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai kerusi yang bakal ditandingi DAP pada pilihan raya nanti.

Jelas beliau, pengumuman kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya nanti akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya sama ada Wong Ching Yong akan menyertai DAP selepas meletak jawatan sebagai ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Dudong, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, memberitahu beliau masih belum menerima sebarang permohonan daripada Wong untuk menyertai DAP.

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap Wong dapat mencari parti baru untuk disertai bagi meneruskan karier politiknya.

“DAP sentiasa terbuka kepada semua orang yang menyokong ideologinya,” kata Wong lagi.

No comments: