JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, January 4, 2010

Enggan mohon maaf


IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak hairan jika Suara Keadilan enggan memohon maaf walaupun menyiarkan berita palsu dan fitnah keterlaluan kerana akhbar itu dan pemimpin partinya sentiasa merasakan diri mereka hebat dan tidak pernah melakukan kesalahan.

Secara sinis Zambry berkata, akhbar yang menjadi lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sentiasa berlaku `adil' dan laporan yang dimuatkan kononnya mewakili keadilan sejagat apabila mendakwa beliau ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ketika mahu memasuki negara itu dalam misi pelaburan kerajaan Perak, selepas namanya ada dalam senarai pengganas sebelum diarahkan pulang.

"Oleh itu, saya tidak fikir dia akan meminta maaf dan isu minta maaf tidak timbul kerana pemimpin nombor satunya dianggap manusia paling hebat di dunia dan mewakili keadilan sejagat, sentiasa adil dan dia rasa mana pernah buat salah...sekarang mereka (mahu) berlawan dengan saya, baiklah, saya lawan.

"Saya serahkan kepada barisan peguam untuk menyaman mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong di Kampung Tai Lee Buntong di sini, semalam.

Semalam, PKR mempertahankan kesahihan laporan Suara Keadilan keluaran Bil 213 (29 Disember 2009 - 5 Januari 2010) yang mendakwa Zambry ditahan pihak berkuasa AS ketika mahu memasuki negara itu baru-baru ini dan sedia berdepan dengan tindakan mahkamah.

Satu portal berita memetik kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong sebagai berkata pihaknya sudah berhubung dengan editorial Suara Keadilan dan mereka mempertahankan maklumat yang diperoleh dengan mendakwa ia daripada sumber yang boleh dipercayai.

Zambry berkata, jika akhbar itu tidak mahu mengikut prinsip moral sekalipun, sekurang-kurangnya mereka mematuhi etika kewartawanan iaitu mendapatkan kesahihan maklumat terlebih dulu sebelum melaporkannya.

No comments: