JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, January 14, 2010

GENG PAK LAH NAFI JUMPA ANWAR

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan menafikan beliau berjumpa dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 7 November lalu.

Kalimullah turut menegaskan yang beliau tidak mempunyai hubungan dengan Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu polis apatah lagi mahu membenarkan pengendali portal berita Malaysia Today itu menetap di apartmen miliknya di London.

''Saya tidak pernah berjumpa Anwar Ibrahim di London atau di mana-manapun pada 7 November lalu. Pada hari tersebut, saya berada di Malaysia.

"Keduanya, saya tidak mempunyai apa jua hubungan dengan Raja Petra dan tidak membiayai beliau di mana jua beliau berada," tegasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan yang cuba membabitkan namanya dengan kedua-dua individu tersebut.

Kalimullah berkata demikian bagi mengulas dua laporan akhbar ini yang disiarkan semalam dan hari ini berkenaan pertemuan dengan Anwar di London dan penglibatannya dalam portal berita propembangkang seperti Malaysiakini.com dan The Malaysian Insider.

Selain itu, dalam laporan blog seperti dipetik akhbar ini turut menyatakan beliau menaja pengendali portal berita Malaysia Today itu yang kini dilaporkan bersembunyi di London

"Memang benar saya ada sebuah apartmen di London tetapi Raja Petra tidak pernah menetap di apartmen itu.

"Seperti yang diketahui umum, Raja Petra banyak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saya, keluarga saya dan sahabat saya seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,'' jelas Kalimullah.

Dalam pada itu, tegasnya, beliau juga langsung tidak terlibat dengan kedua-dua laman berita propembangkang seperti dilaporkan sama ada dalam pembiayaan, pengendalian, pemilikan saham atau penubuhan organisasi itu.

No comments: