JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, January 18, 2010

UMNO KEMARUK PRAYA DI PULAU PINANG

PULAU PINANG 17 Jan. – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang diterajui DAP akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, perkara itu tidak mustahil kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa.

“Ia boleh berlaku. Kita pun ada contoh seperti di Sabah dan Sarawak. Jadi jika pentadbiran kerajaan negeri nak buat macam itu, mereka boleh buat sebab ada kuasa di negeri ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam 1Malaysia Pemuda BN Pulau Pinang yang turut dihadiri Naib Pengerusi Gerakan negeri, Tan King Chee dan Setiausaha MCA negeri, Tan Hiang Joo di sini malam tadi.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua parti komponen BN di negeri ini supaya merancakkan lagi program yang merapatkan hubungan bukan sahaja dalam kalangan ahli parti tetapi juga rakyat negeri ini.

“Sudah tiba masanya untuk semua ahli BN belajar daripada kesilapan lalu,’’ tegasnya.

No comments: