JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, January 4, 2010

'Suara Keadilan subjudis melampaui kuasa inkues'


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, menyifatkannya sebagai subjudis jika benar laporan artikel Suara Keadilan menyatakan laporan forensik pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan selepas bedah siasat kedua terhadap mayat Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, menyimpulkan lelaki itu mati dibunuh.

Beliau berkata, ia kerana inkues punca kematian itu masih berjalan.

"Kalau benar seperti yang dilaporkan itu, ia adalah subjudis dan sesuatu yang tidak wajar dilakukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat dua laporan polis terhadap akhbar Suara Keadilan dan Dr Pornthip selepas akhbar itu menyiarkan laporan bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh' dalam keluaran bertarikh 29 Disember 2009 - 5 Januari 2010.

Laporan itu dibuat dua pegawai SPRM Putrajaya, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya dan disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan. Mereka menyifatkan perbuatan itu satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih berjalan.

Artikel berkenaan menyatakan laporan forensik Dr Pornthip selepas bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh, di Hospital Sungai Buloh, menyimpulkan lelaki itu mati dibunuh.

Kelmarin, DAP menyelar SPRM kerana membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patalogi kerana menjalankan tugasnya.

No comments: