JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, January 4, 2010

Pilihanraya Sarawak : PCM sertai BN jika menang ?


Parti Cinta Malaysia (PCM), sebuah parti politik terbaru yang berdaftar kira-kira enam bulan lalu, kini berkembang sayapnya di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Gabriel Adit Demong, 60, yang dilantik sebagai pengerusi PCM negeri, hari ini melancarkan parti yang berpangkalan di Pulau Pinang itu di Nanga Bejait, dekat sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah presidennya Tang Weng Chew, naib presiden Huan Cheng Guan, setiausaha agung Loo Kien Seang, bendahari agung Lim Kim Chu dan kira-kira 300 penduduk tempatan.

Adit memberitahu pemberita bahawa PCM akan bertanding pada pilihan raya negeri akan datang yang dijangka diadakan antara sekarang dan Mac 2011.

"Kami sudah bersedia termasuk dari segi kewangan. Saya mengenal pasti kira-kira 30 kerusi di mana kami mempunyai peluang yang munasabah untuk menang.

"Kerusi tersebut kebanyakannya di kawasan pedalaman majoriti penduduk Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau dan Orang Ulu," katanya.

Adit, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama hampir setahun, berkata PKR dan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak serius dalam membawa keluar Sarawak daripada Barisan Nasional.

Beliau mendakwa sokongan terhadap PKR dan Anwar semakin merosot berikutan tiada tindakan mereka bagi mengatasi masalah rakyat dan rancangannya untuk memantapkan parti di seluruh negeri itu.

Adit menjelaskan PCM akan mengambil kesempatan terhadap isu Tanah Hak Adat (NCR) dan rasa tidak puas hati penduduk di negeri ini.- BERNAMA

No comments: