JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, September 19, 2009

Adun BN di saman


Para pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu dan ahli-ahlinya yang berketurunan Iban telah menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Dr Soon Choon Teck kerana dakwaan fitnah dalam dua kes saman berasingan.

Dalam saman itu, SUPP cawangan Sibu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, manakala ahli-ahlinya yang berketurunan Iban menuntut RM5 juta.

Kumpulan plaintif pertama dianggotai Pengerusi SUPP cawangan Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh, Timbalan Pengerusi Datuk Robert Lau, Setiausaha Datuk Tiong Thai King dan Naib Pengerusi, Vincent Goh.

Manakala kumpulan kedua seramai 25 plaintif, diketuai seorang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Andrew Silling Banggit.

Kesemua plaintif memfailkan saman pada 2 September lepas, selepas Dr Soon membuat kenyataan yang diterbit-kan oleh tiga akhbar berbahasa Cina pada 17 Mei 2009.

Semalam, Dr Soon memfailkan dokumen di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi untuk memohon mahkamah membatalkan tuntutan itu.

Dr Soon yang berkeras mengatakan beliau adalah Penge-rusi SUPP cawangan Dudong menegaskan kedua-dua kes saman itu berniat ‘tidak baik’ dan tidak dipertahankan, sekali gus menyebabkan kelemahan bidang kuasa.

Dalam laporan itu Dr Soon didakwa memburuk-buruk-kan para pemimpin SUPP cawangan Sibu dan ahli-ahli parti berketurunan Iban.

Saman yang difailkan itu mungkin hanya sebahagian daripada siri tindakan yang dimulakan sama ada oleh Dr Soon ataupun pemimpin SUPP Cawangan Sibu ekoran kontroversi penubuhan SUPP Cawangan Dudong.

Dr Soon diiringi peguamnya Henry Ling turut berada di Kompleks Mahkamah di Petra Jaya, Kuching semalam.

masdarwahid: SUPP ialah salah satu sekutu BN di Sarawak. alahai..... selepas MIC, MCA, PPP bermasalah kini giliran Supp pula dilanda kontroversi


No comments: