Kata orang sebelum kita meluahkan kenyataan perlu difikir terlebih dahulu, adakah yang akan dikatakan itu mampu kita kotakan?
Begitu juga apabila berjanji, mampukah kita menunaikannya sebagai sajian perlaksanaan yang telah kita janjikan kepada individu atau komuniti kita.
'Kata dan Janji' acapkali melingkari perhatian dan pemikiran rakyat terhadap pemimpinnya.
Setiap tutur kata pemimpin sama ada di tempat umum @ majlis keramaian @ ketika bercakap dan memberi respon kepada individu akan sentiasa diingat dan menjadi titip nota dalam minda mereka.
Janji yang telah diucap sentiasa dinanti oleh rakyat.
Kalau semasa pilihanraya dulu, kata dan janji ditabur sana-sini. Lepas pilihanraya, kata itu perlu dikota, janji perlu ditunai.
Ada rakyat yang kurang mampu memohon peruntukan seperti tangki plastik untuk kegunaan di rumah. Ada juga yang memohon bantuan rumah PPRT.
Persoalannya, bila dan dimana kemudahan itu akan sampai, entah diketahui..
Kata sudah dikota, tapi janji masih ada yang belum disajikan.
Takkan nak tunggu musim pilihanraya baru nak diberi dan janji lama masih tertangguh.
Kalau janji yang sekelumit tidak dapat disajikan kepada rakyat, bagaimana pula dengan janji-janji lain yang lebih besar?
Ada juga jenis pemimpin yang suka berpura-pura lupa dengan kata dan janji yang telah diucap..
Pemimpin tidak perlu tunjuk kekayaan, tidak perlu bangga dengan kereta mewah, tidak perlu terlalu protokol ketika menghadiri majlis, jangan sombong, jangan jadi pemalas, usah berpura-pura pandai tetapi sebaliknya pandir.. Mesti kerap turun padang. Tidak ada lagi istilah nak enjoy atau asyik makan angin.
kerana gerak-geri sentiasa diperhati rakyat.
Gesaan pemimpin nombor satu negara, 'Rakyat Didahulukan, Prestasi dan pencapaian perlu menjadi keutamaan'. Fikir-fikirkanlah... kunakpress
No comments:
Post a Comment