KUALA LUMPUR 8 September – ‘Kami rugi jutaan ringgit, ditindas francaisor dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) pula memihak francaisor’. Demikian luahan Muhamad Hizal Mustaffa, 33, salah seorang usahawan bumiputera yang tertindas dalam perniagaan francais anjuran PNS.
Hizal mengusahakan Restoran Marrybrown yang juga francaisor pada tahun 2007 dengan modal sendiri RM 120,000 selepas diyakinkan oleh PNS berkaitan potensi perniagaan francais makanan segera itu.

Menurutnya, perkara itu tidak berlaku kerana beliau sendiri terpaksa mengeluarkan lebih 20 peratus keseluruhan modal perniagaan atas dasar semangat berniaga.
Lebih malang dakwa Haizal, PNS hanya meluluskan pinjaman beliau berjumlah RM 460,000 selepas membuat bayaran RM 60,000 kepada francaisor walaupun PNS sering melaung-laungkan ‘Total Franchise Solutions’.
“Saya kesal dengan tindakan PNS yang seringkali menyebelahi francaisor, mengapa kami perlu membayar wang sebanyak itu semata-mata mendapatkan surat kebenaran francaisor,
Sepatutnya perkara ini telah diselesaikan oleh PNS sebaik kami bersetuju melibatkan diri dalam perniagaan ini
Tindakan PNS yang memekakan telinga dan memejamkan mata atas penderitaan kami, menyebabkan francaisor kian kejam menindas kami” Katanya.
Haizal menjelaskan, francaisor menetapkan syarat yang berat sebelah apabila memaksa beliau membeli kuantiti barangan tertentu tanpa kemahuannya yang mengakibatkan Haizal terpaksa menanggung kerugian besar.
Sehingga kini, sebanyak lapan buah outlet Marrybrown terpaksa ditutup walaupun kurang dua tahun beroperasi selepas menghadapi masalah dan kerenah birokrasi dengan syarikat induk, Marrybrown Fried Chiken Sdn Bhd.
Seorang lagi mangsa, Zulkarnain Taha, 32, berkata, beliau kecewa dengan sikap francaisor yang melanggar perjanjian perniagaan yang dipersetujui.
Beliau yang menyertai perniagaan Watershop pada tahun 2004 menjelaskan bahawa syarikat induk itu enggan menyokong memajukan perniagaannya dan sesuka hati menukar terma-terma dalam perjanjian francais yang telah ditandatangani untuk kepentingan mereka.
“Mereka menukar terma-terma perjanjian terutama berkaitan kos penyelenggaraan mesin yang menyebabkan kami terpaksa menanggung semua kos penyelenggaraan walaupun pada perjanjian asal ianya di bawah tanggungan francaisor” Katanya.

Bagi Siti Farah Md Nasir, 27, berkata, beliau kini menanggung hutang RM 90,000 walaupun baru menyertai perniagaan francais di bawah syarikat induk Jukebox.
Saya menyertai perniagaan francais ini kerana difahamkan akan mendapat bimbingan dan bantuan daripada PNS dan francaisor. Saya begitu yakin sistem francais ini akan membantu usahawan baru seperti saya. Katanya.
Beliau yang memulakan perniagaan pada Mei 2007 bagaimanapun kecewa kerana sistem francais itu hanya memihak kepada francaisor sahaja.
“Syarikat Harian Shoes Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan Jukebox hanya mementingkan keuntungan francaisor sahaja.
“Mereka melambakkan stok di kedai kami tanpa mengira sama ada stok yang dihantar itu boleh jual atau tidak.
“Mereka memaksa kami menerima semua stok yang dihantar walaupun kami tidak membuat sebarang pesanan dan semua barang yang dihantar itu dianggap telah kami beli”
Akibatnya, berlaku lambakan stok di kedai kami dan hutang kami terus meningkat.

Sebanyak lapan syarikat francaisi Jukebox sahaja telah ditutup dengan jumlah kerugian hampir RM 3 Juta.
Mereka ditemui dalam sidang media di Sembang Sembang Café Kuala Lumpur hari ini bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Turut hadir Setiusaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, Pengarah tugas-tugas khas PPIM, Noorazman Idris dan usahawan-usahawan yang tertindas..


PNS secara rasmi mengambil alih peranan sebagai agensi pelaksana pembangunan francais daripada MEDC pada 2 Jun 2004.

Ianya berdasarkan satu perjanjian dalam mana francaisor menganugerahkan kepada francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan dan/atau sistem beroperasi serta nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu.
Kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business entity" yang berasingan.
Francaisor pada permulaan dan selanjutnya perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan.
Francaisor dan francaisi akan bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga.
ENDS
No comments:
Post a Comment