JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, September 23, 2009

Pas Bulanan RapidKL Boleh Didapati Mulai Esok

Pas bulanan Rapidpass akan mula dijual esok di semua stesen LRT dan 11 hab serta depot bas RapidKL, menurut Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL).

Rapidpass yang diperkenalkan mulai bulan ini bertujuan mengurangkan beban pengguna berikutan perubahan sistem tambang harian ke sistem tambang secara zon bagi perkhidmatan bas berhenti-henti RapidKL di Lembah Klang, menurut RapidKL dalam kenyataan di sini Rabu.

Bagi warga emas pula, pendaftaran untuk mendapatkan pas khas untuk golongan ini masih boleh dibuat di Kaunter Tiket dan Informasi Bas Jalan Sultan Mohamed (Hab Bas Pasar Seni).

Perkhidmatan pendaftaran itu juga akan dibuka di lima stesen LRT iaitu Stesen Kelana Jaya, Gombak, Masjid Jamek (Aliran Kelana Jaya sahaja), Ampang dan Bandar Tasik Selatan, juga mulai esok.

Pemilik pas warga emas RapidKL layak membeli rapidpass konsesi dan mendapat potongan harga tambang sebanyak 50 peratus apabila menaiki perkhidmtana bas bandar, tempatan dan utama RapidKL, katanya.

Warga emas yang ingin mendapatkan pas pemohon diingatkan menyediakan sekeping gambar berukuran MyKad atau pasport dan satu salinan fotostat Mykad.

Hab RapidKL boleh didapati di Jalan Sultan Mohamed, Jalan Chow Kit, Jalan Silang, Titiwangsa, Maluri, Warta Lama, Putrajaya, Sentral, Depot Pandan, Jalan Klang Lama dan Chan Sow Lin.

Pengguna boleh menghubungi talian Helpline di 03-78852585 untuk maklumat lanjut. BERNAMA

No comments: