JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, September 18, 2009

PPMS, Realiti atau Fantasi ?


Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) merupakan satu lagi penantian yang diharapkan khususnya oleh penduduk Kampung Kunak Tiga dan penduduk Kunak amnya.
Projek yang dicadang itu melibatkan keluasan kira-kira lapan ekar di Kampung Kunak Tiga pada asalnya merupakan sebuah kawasan bukit yang akan diratakan seperti yang difahamkan sebelum ini. (Gambar merupakan gotong-royong yang diadakan di tapak projek tersebut pada 1 Ogos 2009)

Terletak berhampiran pesisir laut, kawasan tersebut dikatakan mempunyai potensi tersendiri untuk diadaptasi menerusi perlaksanaan PPMS yang akan dibangunkan di kawasan tersebut dengan pelbagai kemudahan asas seperti air, elektrik, jalanraya dan seumpamanya. Itulah harapan yang cuba dibawa oleh mereka yang terlibat dalam perlaksanaan projek itu. Dengan hanya beberapa minit perjalanan menaiki bot, terdapat Pulau Burung yang kini menjadi tumpuan penyelidik dari sebuah universiti tempatan di negara ini yang sedang menjalankan pemantauan terhadap potensi yang ada di kawasan itu .

PPMS merupakan suatu projek ulung di daerah Kunak dan merupakan satu nilai entiti yang paling berharga bagi mereka yang telah mencanang program itu untuk dilaksanakan dengan jayanya. Harapan yang ada dan dinanti sekarang ini ialah perlaksanaan dan pencapaian projek berkenaan sama ada ia berjaya pada masa akan datang?,.. seterusnya memenuhi aspirasi rakyat khususnya mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam komuniti yang mana projek itu dari awalnya mencanang makna besar iaitu mewujudan suatu 'perkampungan budaya' yang tersusun, indah dan menarik..

PPMS adalah suatu projek yang diharapkan menjadi realiti dengan memberi faedah yang lebih sempurna kepada rakyat dalam menjana ekonomi mereka seterusnya meletakkan daerah Kunak di atas 'pentas kemajuan yang berpaksikan 1Malaysia' dengan melibatkan semua kaum di daerah itu untuk turut sama menjayakannya.

Kendatipun begitu, apa jua projek yang akan dan sedang dilaksanakan sentiasa menjadi harapan yang boleh diharapkan memberi manfaat kepada rakyat dan bukan sekadar 'cakap kosong' atau fantasi yang menjadi irama kempen oleh parti lawan setiap kali pilihanraya andainya program @ projek yang dicadang itu gagal dilaksanakan.

Harapan yang dinanti ialah kejayaan, pencapaian dan perlaksanaan PPMS menjadi realiti dan memberi entiti besar dan berharga kepada daerah ini .

No comments: