JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, September 23, 2009

Labuan Sepi Semasa Cuti Hari Raya

Hampir satu pertiga daripada 85,000 penduduk Labuan meninggalkan pulau ini semasa cuti Hari Raya, menjadikan jalan-jalan di bandar ini sepi sejak beberapa hari lepas.

Kira-kira 30 peratus daripada mereka yang tinggal di sini, sama ada penjawat awam atau pekerja sektor swasta, adalah dari tanah besar Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Semua klinik utama dan restoran Islam ditutup selama seminggu tetapi pusat hiburan seperti karaoke dan pub dibuka walaupun kurang pelanggan.

Bagaimanapun, keadaan sibuk di Perbadanan Feri Labuan (LFC), syarikat yang bertanggungjawab membawa penumpang ke tanah besar Sabah.

Sejak dua minggu sebelum Hari Raya, LFC menyediakan dua feri dengan lapan perjalanan setiap hari bagi menampung permintaan yang meningkat berbanding dua perjalanan pada hari biasa.

Anggota Parlimen Labuan Yussof Mahal berkata keadaan di pulau ini akan kembali seperti biasa kira-kira dua minggu lagi, selepas orang ramai pulang daripada cuti Hari Raya.

Mereka yang tinggal pula membuat persiapan menyambut Aidilfitri seperti biasa, awalaupun mengalami masalah kekurangan bekalan air.

"Apa yang kami boleh buat? Hari Raya tahun ini berbeza daripada tahun-tahun lepas. Kami menyediakan kuih yang sedikit kerana menghadapi masalah bekalan air," kata Hatimah Kassim.

"Kami merayakannya secara sederhana. Sesetengah kuih dan kek terpaksa dibeli dari pasar raya," katanya.

Labuan akan hanya mempunyai bekalan air yang mencukupi menjelang akhir tahun depan apabila saluran paip bawah laut bernilai RM365 juta dari Sungai Padas di Beaufort ke Labuan, siap. BERNAMA

No comments: