JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, September 18, 2009

BAGAN PINAG: UMNO HANYA TAHU NAMA ISA

Pemuda Umno Negeri Sembilan tidak dimaklumkan penambahan nama baru untuk dikemukakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Batang Pinang selain Tan Sri Isa Samad.

Ketuanya Mohd Helmy Din berkata beliau "tidak tahu-menahu" berhubung perkara tersebut – susulan desakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas hanya nama mantan menteri besar itu, yang juga ketua bahagian Teluk Kemang, diusulkan.

"Mungkin ketua bahagian ada hantar kepada menteri besar (Datuk Seri Mohamad Hassan), dan beliau hantar kepada (Umno) pusat.

"Ahli jawatankuasa perhubungan lain tak tahu," kata Mohd Helmy kepada Malaysiakini.

"Soal calon, kita tak jadi masalah. Terpulang kepada pucuk pimpinan, kita sokong. Yang penting parti, bukan calon."

Beliau diminta mengulas kenyataan ketuanya Khairy Jamaluddin yang meminta disegerakan pemilihan calon BN bagi pilihan raya kecil itu untuk mengelakkan timbulnya spekulasi yang tidak sihat di kalangan ahli parti dan pengundi.

Dihubungi hari ini, Mohd Helmy menyambut baik gesaan Khairy itu kerana ia boleh menamatkan spekulasi dan tanda tanya.

"Apa yang diutarakan oleh Khairy adalah satu pandangan yang baik. Kata orang, penantian satu penyeksaan. Mungkin orang kata, si polan ini jadi calon, si A jadi calon, atau si B jadi calon," katanya.

"Ada kebaikannya ditentukan segera, supaya kita lebih bersedia, dan untuk menghentikan spekulasi.

"Kita dapat menggerakkan kerja dengan lebih awal dan boleh melihat isunya semasa berkempen."

Sebelum ini Teluk Kemang sebulat suara mencalonkan Isa, bekas naib presiden yang digantung susulan dakwaan mengamalkan kes politik wang, satu-satunya nama yang dibawa oleh badan perhubungan Negeri Sembilan kepada pucuk pimpinan Umno.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Helmy berkata jentera pilihanraya Pemuda di peringkat negeri, bahagian dan cawangan berkenaan telah digerakkan.

Mereka akan memberikan tumpuan kepada pengundi bawah 40 tahun dengan mengambil pendekatan "penerangan secara hati ke hati" dan "sentuhan peribadi" berhubung masalah yang mereka hadapi dan kepentingan anak muda menghayati perjuangan Umno dan BN.

"Orang muda ni, tidak setia kepada sesuatu jenama (parti politik), mereka mengikut trend," katanya. malaysiakini

No comments: