JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, September 29, 2009

RIBUT DI PAPAR DAN LABUAN

Beberapa Rumah Di Labuan Rosak Akibat Angin Kencang Ribut Ketsana

LABUAN, 28 Sept. Beberapa rumah di sini rosak teruk dengan kebanyakkan bumbungnya diterbangkan semasa angin kencang dengan kelajuan menjangkau 60km sejam dari ribut tropika Ketsana mengganas selama kira-kira tiga jam Ahad.

Keadaan diburukkan lagi apabila hampir tiga perempat daripada kawasan pulau terpaksa bergelap selama kira-kira lima jam akibat putus bekalan, dan syarikat elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Labuan menerima lebih 100 aduan mengenainya.

"Saya dikejutkan oleh angin kuat dan terperanjat apabila mendapati bumbung ruang dapur kami diterbangkan angin. Ia amat kencang ketika itu, dan keadaan tambah mencemaskan apabila bekalan eletrik pula terputus," kata Hizamudin Ismail dari Kg Durian Tunjong semasa menceritakan kepada Bernama mengenai insiden itu.

Seorang jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah ketika dihubungi berkata ribut tropika itu adalah angin kencang sama yang melanda beberapa kawasan di Filipina semalam, dan ia kini melalui Laut China Selatan menghala ke arah Vietnam.

"Kami harap penghujung ribut itu tidak akan membawa kesan yang serius malam ini kerana ia masih berada di sekitar kawasan Laut China Selatan, dan menghala ke arah Vietnam," katanya.

Antara kampung yang disinggahi angin kecang itu ialah Kg Bebuloh Laut, Kg Lajau, Kg Sg Miri, Kg Ganggarak, Kg Batu Manikar serta Kg Durian Tunjong, dan beberapa kerosakan jelas kelihatan di sana sini yang diakibatkan oleh kejadian pokok tumbang.

Hotel lima bintang Grand Dorsett serta beberapa hotel lain di pulau juga mengalami putus bekalan eletrik selama beberapa jam.BERNAMA

30 Rumah Rosak Dalam Kejadian Angin Kencang Di Papar

PAPAR : Kira-kira 30 rumah rosak dalam kejadian angin ribut dan hujan lebat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Manis di sini, semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu Datuk Abdul Rahim Ismail berkata 10 daripada rumah itu mengalami kerosakan teruk apabila atapnya diterbangkan angin, dan

antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kuala, Sungai Padang, Padang Pulasan, Kelanahan Rimba, Bambangan, Buang Sayang, dan Benoni.

Katanya beliau difahamkan ada beberapa kampung terlibat mengalami masalah putus bekalan elektrik disebabkan pokok tumbang.

"Diharapkan pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan dengan segera, kerana saya khuatir ada lagi lanjutan angin kuat dalam masa terdekat ini, semasa rumah yang rosak masih belum sempat lagi diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa kejadian angin kencang itu di sekitar kawasan DUN Pantai Manis, Isnin.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menggesa kepada jabatan kerajaan yang terlibat agar mempercepatkan proses menyalurkan bantuan kepada mangsa.BERNAMA

No comments: